B e r t a m @ d u n

letak jawatan Mufti Perlis “tanda protes kerajaan negeri”

Posted on: 9 Oktober, 2008

PETALING JAYA: Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Mufti Perlis sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri.

Saya berhenti sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Ditanya sama ada pengunduran tersebut disebabkan kekecewaan beliau terhadap kerajaan negeri, Asri berkata, beliau telah menegur dan menyampaikan apa yang perlu diperkatakannya.

“Terpulang kepada mereka untuk menerimanya atau tidak. Yang penting saya telah suarakan pandangan saya,” katanya.

Dengan keputusan itu, menurut anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang ini perkhidmatan beliau sebagai mufti akan tamat penghujung bulan ini dan akan kembali bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

 

Sepatutnya kontrak beliau hanya tamat tahun depan.

 

“Saya telah menghantar surat kepada USM dan akan kembali bertugas pada 1 November depan,” katanya.

Sebelum ini, Asri pernah menjadi pensyarah Pengajian Islam di universiti tersebut.

Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis ketika menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut.

 

Asri dikenali sebagai tokoh agama yang berani dengan sikap lantangnya menegur beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depannya selepas tidak lagi menjadi mufti, Asri berkata:”Saya akan ke luar negara, Insya-Allah Disember depan. Mungkin Allah memberikan saya peluang yang lebih baik selepas ini, siapa tahu,” katanya.

Menurut Asri, beliau secara lantang menegur sesuatu perkara membuktikan bahawa mufti perlu menyatakan kebenaran tanpa rasa takut dan bimbang kedudukannya terancam.”Saya telah buktikan apa yang saya cakap bukan untuk meraih populariti dan punya kepentingan tertentu.”Kenapa perlu takut dan bimbang kita akan kehilangan jawatan hanya kerana kita mengatakan sesuatu yang benar,” katanya.

Tambahnya, beliau telah membuktikannya apabila telah menjadi mufti selama dua tahun tanpa dipecat kerana menegur sesuatu perkara.Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.Ditanya adakah beliau tahu siapa calon yang akan menggantikannya, Asri berkata:

“Maaf saya tidak boleh beritahu siapa orangnya. Calonnya sudah ada.”Saya akan bawa dia menemui Raja Perlis untuk mencadangkan. Terpulang kepada budi bicara baginda untuk membuat keputusan,” katanya.

Label:

1 Response to "letak jawatan Mufti Perlis “tanda protes kerajaan negeri”"

It’s nearly difficult to obtain very well-knowledgeable people today in this distinct
subject, even so, you feel lik you know what you’re speaking
about! Thanks

Tinggalkan Jawapan kepada re modification mortgage Batal balasan

Oktober 2008
A I S R K J S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 58,814 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS AnwarIbrahimBlog

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.