B e r t a m @ d u n

Sejarah buktikan Nizar bukan yang pertama enggan undur

Posted on: 9 Februari, 2009

perak

KL: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bukan Menteri Besar atau Ketua Menteri pertama yang enggan meletak jawatan setelah tidak lagi mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam keadaan tertentu. Dalam sejarah politik Malaysia, sebelum ini seorang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri yang enggan meletak jawatan.

Yang pertama Stephen Kalong Ningkan yang menjadi Ketua Menteri pertama Sarawak antara Julai 1963 dan September 1966.
Ningkan mungkin paling dikenali sebagai mencetuskan krisis perlembagaan pertama di negara ini apabila beliau enggan mengosongkan jawatan beliau setelah disingkirkan Yang Dipertua Negeri atau Gabenor Sarawak pada ketika itu. Sebagai ketua DUN, Ningkan dikatakan tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada dewan itu dan gabenor tersebut terus melantik seorang ketua menteri baru.

Keengganan Ningkan mengosongkan jawatannya, menyebabkan satu krisis perlembagaan kerana beliau dilihat mengancam perpaduan Malaysia yang rapuh, hanya tidak sampai tiga tahun selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Pada 14 September 1966, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan negeri itu dalam keadaan darurat di Sarawak berdasarkan keselamatannya yang diancam krisis perlembagaan.

Ningkan merayu penyingkirannya sehingga ke Majlis Privi di London, akhirnya ke Mahkamah Rayuan Malaysia, tetapi rayuannya ditolak bagi pengisytiharan itu bahawa beliau masih lagi Ketua Menteri Sarawak.

Satu lagi yang membabitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Nasir pada 1977, yang tidak memperdulikan usaha untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan nya kerana melanggari arahan parti. Beliau disingkirkan daripada jawatan itu setelah demonstrasi tercetus menjadi ganas dan kes kecurian harta menyebabkan kerajaan persekutuan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, mengisytiharkan perintah darurat di negeri itu.
Hari ini, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memerintahkan Mohammad Nizar dan anggota Exco negeri beliau meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta, kegagalan berbuat demikian, jawatan itu dianggap kosong. Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan setelah baginda menerima menghadap semua 28 Ahli DUN Barisan Nasional (BN) dan tiga anggota Bebas bahawa Sultan yakin Mohammad Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota DUN.

Bagaimanapun, Mohammad Nizar enggan meletakkan jawatan dengan semua pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan bahawa mereka menyokong beliau. / Bernama

Tinggalkan komen

Februari 2009
A I S R K J S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 58,811 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS AnwarIbrahimBlog

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.