B e r t a m @ d u n

KDN rampas Harakah, akhbar PKR

Posted on: 11 Februari, 2009

Abdul Rahim Sabri   

 Akhbar dwimingguan PAS Harakah yang memuatkan edisi-edisi terkini pergolakan politik di Perak dirampas di negeri itu, Kedah dan Selangor. Difahamkan pengedar-pengedar juga diberikan amaran agar tidak menjual tabloid rasmi parti itu. Gangguan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga didakwa berlaku di Pulau Pinang dan Johor.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat jumlah rampasan kementerian berkenaan.Tambahnya, pihak berkuasa juga telah memberikan “tekanan” kepada akhbar tersebut sebelum edisi semalam – yang diedarkan mulai hujung minggu lepas – dicetak.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan perinci bentuk tekanan tersebut, dipercayai mengenai tajuk utama dan kandungan laporan akhbar tersebut mengenai rampasan kuasa BN terhadap kerajaan pimpinan menteri besar PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai minggu lepas.

Edisi Jumaat lepas yang memuatkan laporan muka depan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dianggap “memihak kepada BN” susulan keputusannya tidak mengiktiraf kekosongan dua kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang seperti didakwa oleh speaker dewan itu, V Sivakumar.Ahmad Lufti berkata, Harakah sedang menghubungi pengedar-pengedarny a di negeri-negeri lain untuk memastikan sama ada mereka juga mengalami masalah seumpama itu.

Katanya lagi, beliau tidak menyangka rampasan itu berlaku kerana tiada notis diberikan dan ia berlaku secara “tiba-tiba”.Pengurus pemasaran akhbar itu Shuhaimi Embong pula berkata pihaknya akan menyediakan khidmat peguam jika penjualnya memerlukan dan akan membayar ganti rugi atas rampasan tersebut.

Tambahnya, beliau sedang mengumpul data lengkap dan akan menunggu jumlah rasmi daripada kementerian terbabit.Pada Jun tahun lalu, kerajaan meluluskan permohonan tabloid rasmi PAS itu untuk diterbitkan dua kali seminggu.Sebelum ini, Harakah diterbitkan dua kali sebulan, sejak tahun 2000.

Sementara akhbar PKR Suara Keadilan juga mengalami rampasan sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan bulan lepas, di Johor dan Melaka.Menurut ketua penerangan PKR Tian Chua, rampasan itu kemungkinan berhubung laporan janji-janji politik yang didakwa gagal ditunaikan oleh timbalan perdana menteri,Datuk Seri Najib Razak didakwa tidak memberikan RM4.18 juta kepada 26 masjid dan 42 surau di Pulau Pinang sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos lepas.

Beliau dilaporkan berkata akan berbuat demikian segera bagi menjawab kempen pembangkang di Terengganu.Chua juga berkata pegawai-pegawai KDN turut menakut-nakutkan penjual agar tidak mengedar Suara Keadilan.Tambahnya, PKR akan mengumpul maklumat lengkap dan bertemu KDN untuk membincangkan perkara tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Februari 2009
S M T W T F S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: