B e r t a m @ d u n

‘Jejak Syuhada Memali’

Posted on: 25 November, 2008

Mohd Sabri Said
Tue | Nov 25, 08 | 1:22:30 pm MYT 
PERMATANG PAUH, 25 Nov (Hrkh) – ‘Jejak Shuhada Memali’ berjaya merealisasi projek dua hala antara Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh dan PAS Cawangan Memali dan Batu Lapan untuk meningkatkan perjuangan Ustaz Ibrahim Libya di kalangan remaja masa kini.    

Rata-rata remaja yang berumur lingkungan 20-an bila menceritakan kisah trajedi Memali mesti ingin tahu bagaimana peristiwa berdarah itu terjadi, siapa terlibat dan siapa pula dalang sebenar sehingga mengorbankan 13 syuhada. Namun, usaha Pemuda PAS Permatang Pauh mengadakan Ekspedisi Jejak Syuhada ke Memali pada 22 November lalu sekurang-kurangnya dapat memberi impak terbaru kepada golongan terbabit bila kisah berkenaan dibualkan.

Pengarah Program berkenaan, Zamani Abdullah ketika ditanya menegaskan, tujuan utama ialah mendedahkan pemuda dengan peristiwa tersebut agar betul-betul bulatkan ikatan akidah bila berhadapan dengan berbagai situasi yang mengancam agama Allah. Selain itu mereka dapat juga berkenalan dengan pemuda di sana, anak-anak syuhada dan balu yang ternyata cekal menghadapi karenah Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang angkuh dan zalim, katanya.

“Di sana nanti peserta ekspidisi akan didedahkan dengan tempat kejadian, pengalaman mangsa yang terselamat, keperitan balu dan sebagainya. Bukan itu sahaja kami juga akan menyampaikan sedikit sumbangan kepada balu syuhada,” jelas beliau lagi. Katanya, antara pengisian terhadap 40 orang peserta konvoi bermotosikal itu ialah aktiviti mencari ikan, membakar ikan, taaruf kepimpinan, halangan dalam perjuangan Ibrah dari Sirah Ambiya, menziarahi makam syuhada, program burung hantu, qiamulail dan kuliah subuh.

Beliau yakin, selepas kembali ke Permatang Pauh nanti hala tuju perjuangan pemuda dapat diseragamkan selaras dengan matlamat perjuangan yang diasaskan oleh al-Marhum Ustaz Ibrahim Libya kira-kira 20 tahun lalu.- mns_

1 Response to "‘Jejak Syuhada Memali’"

I am truly happy to glance at this webpage posts which includes lots of useful data, thanks for providing these kinds
of data.

Tinggalkan komen

November 2008
A I S R K J S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 58,811 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS AnwarIbrahimBlog

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.