B e r t a m @ d u n

SURAT TERBUKA : Buat semua ADUN dan MP dari PAKATAN

Posted on: 8 Februari, 2009

 Oleh tantawi08    apilihan

” Iklim politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan oleh pengkhianat yang tidak bermaruah .

Harga diri boleh dilelong ke sana sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayut pula di pusat lelongan pasar borong Gombak .
Cukup jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai pada diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wa karaahiyatul maut .

Salam perjuangan saya memula bicara dengan nama Allah swt. Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana .
Buat semua Ahli Dewan Undangan Negeri [ ADUN ] dan Ahli Parlimen [ MP ] PAKATAN RAKYAT .
Tatkala kita bersama memeterai tekad dan keyakinan menyertai perjuangan suci bersama PAKATAN demi memartabatkan nilai kesaksamaan dan keadilan dalam sistem politik negara ini ,jua membasmi segala kezaliman serta memansukhkan pelbagai penyelewengan dalam dasar pemerintahan negara , sebenarnya kita sedang berada di atas landasan suci yang menjanjikan kita masa depan yang makmur , sentosa dan harmoni .
Malah kita juga telah memberi segunung harapan kepada rakyat untuk mereka keluar membebaskan diri dari perangkap politik tindas dan pemerintahan zalim yang membelenggu mereka sejak sekian lama .Biarpun tidak semua rakyat memahami dan memberi sokongan kepada perjuangan kita , namun kebersamaan rakyat mengiringi langkah tindak kita membentuk iklim baru dalam monsun politik tanahair . Malah rata – rata rakyat mula mengkaji dan meneliti dasar bahkan hala tuju perjuangan kita .
Alhamdulillah kita telah dikurniakan Allah 4 buah negeri untuk dipimpin atau ditadbir oleh PAKATAN selain Kelantan yang berjaya di pertahankan sejak 18 tahun yang lalu . Satu pencapaian hebat yang mampu digapai dalam waktu yang singkat .Ya …. satu kurniaan yang menjadi ujian besar kepada kita semua . Apakah kita bersyukur lantas menunaikan tanggungjawab serta amanah sebagai pentadbir dan pemerintah yang baik lagi bertaqwa atau kita kufur lantas kita culas dalam melaksanakan tanggungjawab serta khianat terhadap amanah dan mandat rakyat .
Ujian ini besar dan berat . Hanya mampu ditatang dan digalas oleh mereka yang kuat spiritualnya . Hanya mampu dihadap dan didepani oleh mereka yang tabah serta besar pula jiwanya . Berani , sabar , cekal , bijak , hikmah , mantap dan tahan menghadapi rintangan merupakan antara kriteria yang mesti dimiliki semua kita .Gopoh , tamak , lemah , takut , malas , culas , pecah amanah dan khianat pula adalah antara dosa atau mazmumah yang mesti dinyahkan dari menguasai diri dan minda kita .
Realiti yang perlu diteliti
Mazmumah adalah musuh seorang pejuang . Ia bagai satu virus yang cepat menyerang dan pantas merebak menguasai setiap sendi saraf lalu melumpuhkannya. Semangat perjuangan yang berkobar – kobar cepat serat dan pudar sejurus dijangkiti virus mazmumah ini .Sebaliknya , jika kita mampu menyediakan vaksin yang boleh menuetralkan kesan jangkitan virus ini , kita pasti selamat dari menjadi mangsa .
Pastinya vaksin yang saya maksudkan itu ialah taqwa dan taqwa ini pula mampu menghasilkan tindak balas positif yang menjadikan pemilik atau pemakainya hebat dan kuat anti body .Kita tentu sahaja masih ingat satu pengalaman yang pernah dilalui oleh Kerajaan Negeri Kelantan .

Pengalaman memerintah negeri dengan kelebihan 2 kerusi dan kemudiannya satu kerusi dipertengahan musim ekoran kalah dalam pilihanraya kecil Pangkalan Pasir ..Lebih getir situasi dikala itu apabila terdapat satu kerusi yang hanya dimiliki melalui kemenangan tipis iaitu majoriti 2 undi . Kerusi tersebut ialah kerusi yang mewakili DUN Kemuning [ Yb. Zakaria Yaakub ] pada masa itu .
Pelbagai helah dan tindakan nekad UMNO Kelantan untuk mengguling Kerajaan pimpinan YAB Ayahanda Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat . Cara baik atau cara jahat , cara pujuk atau cara ugut telah digunakan oleh UMNO tanpa peduli sebarang implikasi jauh sekali mengambil kira dosa dan neraka .
Berbekalkan kelebihan 1 kerusi , Kerajaan Kelantan terus bertahan hingga tamat musim sebelum menang kembali dengan penguasaan majoriti 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan .Keupayaan dan kemampuan mereka bertahan berhadapan dengan segala ugutan , bujukan , tawaran dan godaan membuktikan mereka memiliki Taqwa yang sukar dilunturkan oleh virus mazmumah .
Saya masih ingat bagaimana ADUN Kemuning yang menjadi wakil rakyat dengan kelebihan 2 undi tidak cair dihadapan setengah juta ringgit yang ditunjukkan secara cash money dihadapannya malah setengah juta ringgit itu akan menjadi miliknya andai ia sanggup menjual diri dan menggadai maruah kepada UMNO dan BN Kelantan bagi membolehkan UMNO menggulingkan Kerajaan negeri Kelantan .
Tawaran setengah juta di tolak ?

Apakah Cikgu Ya tidak tahu menilai betapa harga setengah juta ringgit ? Ya … seperti kata sahabat karib saya Yb. Ustaz Baihaqi Atiqullah [ ADUN Pasir Tumboh ] , bukan sahaja Yb. Cikgu Ya tidak terpengaruh dengan tawaran lumayan itu , tetapi juga seluruh wakil rakyat Kerajaan [ sekarang PAKATAN ] tidak betah untuk digoda sehingga UMNO kehilangan aqal dalam mencongak strategi dan keciciran budi dalam mengolah bakti .
Sekalung tahniah buat semua wakil rakyat PAKATAN di negeri Kelantan yang tahu harga dan nilai diri bukan boleh ditanda dengan mata wang dunia .Sikap dan sifat beginilah yang mesti wujud dalam setiap jiwa ADUN dan MP PAKATAN . Apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang cukup dikesali . Meranapkan harapan rakyat melalui satu pengkhianatan dan sandiwara politik murahan yang memualkan .
Bayangkanlah , betapa sukar pula kita mahu membina keyakinan dalam jiwa rakyat agar menyerahkan mandat pengurusan dan pentadbiran negeri atau negara kepada PAKATAN apabila dilihat ADUN dan MP dari PAKATAN tidak lekat unjak atau kuat cacangnya .Ingatlah , kita menyertai perjuangan ini bukan untuk bermain politik bagi memperlihatkan kelicikan strategi dan kehebatan pengaruh , tetapi satu penyertaan yang menyandang matlamat suci ..

Matlamat melahirkan sebuah negara yang aman , makmur dan harmoni . Melahirkan Negara yang bebas rasuah , bebas mungkar , bebas jenayah , bebas penyelewengan dan salah guna kuasa .Matlamat yang memerlukan pengorbanan dari kita semua bukan pengkhianatan yang kelak dikutuk malah dilaknat oleh seluruh generasi . Jangan sampai muka diludah anak sendiri atau kubur dikencing oleh waris sendiri . Semuanya bermula dari episode sebuah pengkhianatan .
Iklim politik negara amnya dan Perak khasnya hari ini diburukkan oleh pengkhianat yang tidak bermaruah . Harga diri boleh dilelong ke sana sini . Hari ini di pasar borong Selayang dan lusanya kelihatan bergayut pula di pusat lelongan pasar borong Gombak .
Cukup jijik dan meloyakan . Cukup tidak bermaruah dan tiada aras nilai pada diri . Segalanya kerana harta dan pangkat . Kerana hubbud dunya wa karaahiyatul maut ..”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Februari 2009
S M T W T F S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: