B e r t a m @ d u n

Rayuan khas Dr Haron Din Dr Haron Din

Posted on: 6 Februari, 2009

Dana Gaza: Fri | Feb 06, 09 | 5:21:10 am MYT 
Ujian Allah terhadap hamba-hamba- Nya sentiasa berlaku. Kadang-kadang ujian itu amat getir, seperti apa yang berlaku di Palestin, khususnya di Gaza.plestine-moke
   
Korban yang manimpa terlalu tinggi. Rumah-rumah yang musnah amat banyak, hatta sekolah-sekolah dan masjid-masjid juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa kekejaman Yahudi Palestin.Yang lebih menimbulkan kemarahan perasaan kita apabila melihat kekejaman itu berlaku di kala Amerika Syarikat mencanangkan pembelaan hak-hak asasi manusia. Tragedi yang berlaku di Gaza bukan sahaja tidak diendahkan oleh Yahudi walaupun mendapat bantahan masyarakat dunia, malah lebih menyedihkan mereka yang melakukan kezaliman mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat.
Tambahan pula, masyarakat Islam walaupun ramai bilangannya berbanding dengan Yahudi, akan tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Justeru, penderitaan masyarakat Islam Gaza tidak dapat dibayangkan dengan fikiran kita.
Kini Allah menguji kita. Saudara kita, umat Islam Gaza meraung memohon bantuan. Soalnya, apakah kita juga sanggup mendengar rayuan mereka tanpa menghulurkan sedikit pun bantuan?
Harakah telah membuka tabung khasnya iaitu Tabung Kemanusiaan Harakah dengan mengajak seluruh umat Islam, khususnya pembaca Harakah termasuk yang bukan Islam yang terbuka hati mereka untuk menghulurkan sedikit bantuan. Maka Tabung Kemanusiaan Harakah amat mengalu-alukan setiap sumbangan anda.

Serah sendiri kepada Hamas


PAS melalui tabung ini akan menyerahkan sendiri kepada wakil Hamas yang akan berkunjung ke Kuala Lumpur, 12 Februari ini. Ia dapat menjamin bantuan ini sampai kepada pihak yang memerlukannya. Banyak pihak khuatir sumbangan mereka tersasar. Justeru, Harakah cuba memastikan ia disalurkan terus kepada Hamas, iaitu wakil rakyat Palestin yang sah.
Umat Islam Gaza diuji dengan begitu berat sekali dan mereka sedang mengharapkan bantuan kemanusiaan daripada kita semua. Penderitaan tidak tertanggung itu akan menjadi ringgan atau terubatlah sedikit perasaan terluka mereka jika masyarakat Islam di negara ini, walaupun tidak turut terkena musibah itu, dapat menghulurkan bantuan.Sekurang-kurangnya menghulurkan bantuan sehelai sapu tangan untuk mengesat air mata mereka yang tidak pernah kering menanggung penderitaan.
Saya selaku Timbalan Mursyidul Am PAS merayu agar umat Islam Malaysia menghulurkan bantuan melalui Tabung Kemanusiaan Harakah ini. Insya-Allah setiap sen yang disumbangkan melalui tabung ini akan sampai ke tangan umat Islam Gaza yang sedang mengharapkan bantuan kita.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud: “Dan apa sahaja yang kamu infakkan ke jalan Allah khasnya membantu orang-orang yang susah, maka Dialah Allah yang akan menggantikannya kerana sesungguhnya Allah itu sebaik-baik menganugerahkan rezeki kepadamu.”
Ayuh, beramai-ramai kita hulurkan bantuan untuk masyarakat Islam Gaza, melalui Tabung Kemanusiaan Harakah._

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Februari 2009
S M T W T F S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: