B e r t a m @ d u n

Mohd. Yunus Murth Ali – Insan Mulia.

Posted on: 30 Januari, 2009

Yunus mendobi guna tulang empat kerat

Oleh SHAHRULLIZAN RUSLI

Di JALAN Rahang, Seremban, berdepan dengan Masjid Jamek Rahang terdapat sebuah kedai dobi milik anak dagang dari wilayah Uttar Pradesh, India.

Kedai dobi ini diusahakan oleh Mohd. Yunus Murth Ali yang sudah berusia 80 tahun. Beliau berhijrah ke negara ini bersama bapanya pada tahun 1947.”Saya sudah bekerja mendobi sejak menjejakkan kaki di Malaya. Tempat pertama saya kerja adalah di bahagian dobi kem tentera Port Dickson dan sejak itu saya telah bekerja di pusat mendobi milik tentera di seluruh negara,” katanya kepada Bernama.

Beliau amat menyukai negara ini malah menganggap penghijrahan mereka anak beranak digerakkan oleh Allah dan ketika itu pula India tidak aman disebabkan permusuhan agama.Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara yang amat diberkati Allah kerana keamanan wujud di mana-mana malahan orang Hindu, Sikh dan India Muslim yang berselisih di negara asal boleh hidup aman damai di sini.

Hidup Yunus sangat sederhana dan pada kaca mata orang lain hidup beliau bagaikan “kais pagi, makan pagi dan kais petang, makan petang”, malah penulis sendiri ada mengesyorkan supaya beliau memohon bantuan daripada Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Yunus bagaimanapun kelihatan tidak senang dengan saranan itu dan menjawab; “Saya bukan orang miskin untuk menerima bantuan Baitulmal. Seorang mukmin akan menggunakan tulang empat keratnya bekerja…lain kalau saya tidak mampu bekerja dan tidak ada makanan, barulah saya boleh terima sedekah orang.”

Prinsip hidup itu menyebabkan Yunus terus bekerja membasuh pakaian pelanggan tanpa menggunakan mesin basuh. Beliau sebaliknya hanya menggunakan kudrat dua tangannya di kedai dobi yang turut menjadi tempat tinggalnya itu.

Yunus bagaimanapun mengaku agak kurang mengambil upah mencuci baju disebabkan beliau kini sudah terlalu tua dan sebaliknya lebih menumpukan perhatian menggosok pakaian sahaja.Yunus mengenakan bayaran 70 sen bagi sehelai baju atau seluar dan akan menggosoknya menggunakan sebuah seterika tembaga lama yang diwarisi daripada Allahyarham bapanya sejak tahun 50-an lagi.Setiap hari, Yunus akan bangun awal menunaikan solat Subuh di masjid di hadapan kedainya dan kemudian membasuh kira-kira 10 ke 20 helai baju pelanggan, bergantung kepada keadaan.Kedai dobi itu disewa oleh bapanya sejak tahun 50-an lagi dengan bayaran RM25 sebulan tetapi kini sewanya sudah mencecah RM250 sebulan, bangunan itu pun kelihatan usang dengan papannya mereput.

“Saya suka duduk sini kerana dekat dengan masjid. Umat Islam sepatutnya solat di masjid dan tinggal berhampiran rumah Allah, itu lebih baik,” katanya.

Bapanya, Murth Ali pernah menjadi bilal di Masjid Jamek Rahang pada tahun 1965.Beliau tinggal seorang diri, sementara seorang anaknya tinggal di kawasan berdekatan. Seorang lagi anaknya berada di Pulau Pangkor dan lima lagi menetap di India.Yunus yang kurang sihat untuk berkata-kata banyak dibantu oleh anak saudaranya yang bekerja di kilang roti bersebelahan iaitu Mohd Alam Mumtaz Ahmed, 23 tahun.Beliau memperoleh upah antara RM300-400 sebulan.

Yunus yang sudah ke Mekah menunaikan haji kira-kira dua tahun lepas, berhasrat mahu melawat keluarganya di India, tetapi cita-citanya itu terpaksa dipendamkan dulu kerana belum mampu menyediakan RM2,000 untuk ke sana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2009
S M T W T F S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: