B e r t a m @ d u n

Tegah hadiri mesyuarat: Kenyataan Zahid Hamidi kebudakan

Posted on: 22 Januari, 2009

Wed | Jan 21, 09 | 3:16:47 pm MYT 
KOTA BHARU, 21 Jan (Hrkh) – Keupayaan PAS di Kelantan mengekalkan kerajaan sehingga lebih 18 tahun antaranya kerana kebencian rakyat terhadap dendam politik yang diamalkan pemimpin Umno. Pelbagai penderaan yang dilakukan termasuk menafikan banyak peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk faedah rakyat di negeri ini.

Hari ini situasi yang serupa berlaku terhadap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Berdasar kepada petunjuk itu keupayaan Umno dan Barisan Nasional merampas kembali pentadbiran negeri terbabit semakin mengecil sama seperti berlaku di Kelantan sejak 18 tahun lalu.

Dan semalam pemimpin Umno yang masih mempunyai kuasa di peringkat persekutuan, antaranya Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegah ketua jabatan dan agensi pusat daripada menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kerajaan Perak berkuatkuasa serta merta.

Mengulas perkembangan itu Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat melahirkan rasa terkejut di atas kenyataan dikeluarkan seorang menteri yang menjaga hal ehwal agama. “Sepatutnya sebagai menteri menjaga agama beliau menjadi rujukan dan ikutan kepada orang lain dengan mempamerkan akhlak yang baik. Namun apa yang berlaku sekarang memperlihatkan dendam politik. “Pemimpin seperti itu sebenarnya belum pernah teruji dan apabila diuji dengan kekalahan dia akan terperangkap dan langsung tidak mencerminkan kewibawaan yang ada pada dirinya,” katanya di sini.

Menurutnya yang juga Adun Limbongan kenyataan seperti itu hanya bersifat kebudak-budakkan yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang menteri. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, arahan terbaru yang dikeluarkan menegah pegawai kerajaan pusat menghadiri mesyuarat dengan kerajaan negeri akan menjadi senjata makan diri.

“Ini memperlihatkan betapa egonya seorang menteri kabinet kerajaan BN. Sepatutnya petunjuk yang dizahirkan rakyat pada Mac lalu dan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu sudah menjadi iktibar.

“Kita yakin dengan sikap dipamerkan seperti itu menyebabkan rakyat semakin muak dan kejatuhan kerajaan BN sekarang sudah berada di ambang pintu,” ujarnya. Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, arahan yang tidak matang itu jelas menggambarkan dendam politik pemimpin Umno. Katanya, sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama lebih cermat dalam tutur kata.

“Namun dengan kenyataannya semalam menggambarkan ada usaha-usaha yang terselindung bagi mengganggu kerajaan negeri apabila tiada kerjasama daripada agensi kerajaan pusat,” katanya. Bagaimanapun katanya, fenomena tersebut sebenarnya boleh mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN yang kini sudah pun bergerak ke arah itu.

Kata beliau sepatutnya pemimpin Umno belajar daripada suasana politik yang ada pada hari ini dan bukannya terus menunjukkan sikap dendam. Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Haji Ubaidah Yaakub mempersoalkan apakah Zahid cakap menggunakan emosi atau minda. – mj

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2009
S M T W T F S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 53,551 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: