B e r t a m @ d u n

Wan Farid Cuti Seminggu, Tidak Mahu Berjumpa Wartawan

Posted on: 20 Januari, 2009

Written by Wartawan Buletin                                            
Monday, 19 January 2009 02:33 
Marang  – Bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri kecewa dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil parlimen (PRK) Kuala Terengganu malah kesannya lebih mendalam kepada calonnya Dato’ Wan Farid Wan Salleh.
Difahamkan, beberapa wartawan cuba menghubungi beliau untuk mendapat ulasan lanjut tentang keseluruhan senario PRK Kuala Terengganu serta mahu mendapat maklumbalas tentang kekalahan BN, namun gagal untuk menghubungi beliau.“Dia tak mahu jumpalah, dia kata dia bercuti seminggu bersama keluarga,”kata salah seorang wartawan kepada Buletinonline.

Sebaliknya rumah ahli parlimen Kuala Terengganu yang baru dipilih, Mohd Abdul Wahid Endut tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu yang ingin mengucapkan tahniah kepada beliau.Ketika ditemui dalam sesi minum pagi bersama wartawan, beliau terpaksa mengalihkan penerimaan talian telefon bimbitnya kepada pilihan senyap.

”Saya terpaksa buat ’silent mode’, kalau tidak tak boleh bercakap,”katanya sambil membetulkan punat telefon bimbitnya.Menurutnya terdapat 200 pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya sejak diumumkan sebagai pemenang semalam, yang masih belum sempat dibacanya.

”pagi ni rombongan Kelab Penyokong PAS kaum India dari Perak menunggu di rumah, saya tak dapat jumpa dengan mereka,”mereka hendak mengucapkan tahniah sebelum mereka pulang”jelasnya.

Wahid yang menang dengan majoriti undi sebanyak 2,631 dijangka akan mengangkat sumpah pada awal Februari dimana parlimen dijangka mengadakan sidang selepas cuti tahun baru Cina.Sehingga saat itu, jadual Wahid dijangka padat dengan menghadiri majlis-majlis kesyukuran di peringkat parlimen yang beliau wakili, peringkat negeri Terengganu dan nasional.

”Ada pihak dari negeri-negeri yang membantu sudah menyusun jadual untuk majlis diperingkat nasional,”saya akan hadir untuk bersua muka dan mengucapkan terima kasih saya kepada mereka yang telah bertungkus lumus membantu,”tambahnya

1 Response to "Wan Farid Cuti Seminggu, Tidak Mahu Berjumpa Wartawan"

Kasihan…sampai bertapa seminggu.
Senator hilang.
Timbalan menteri lesap.
Hujung hilang pangkal lesap.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2009
S M T W T F S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: