B e r t a m @ d u n

Orang Kuala Terengganu terima DAP

Posted on: 20 Januari, 2009

Idris Samad 
 
SELAMA ini, Umno/BN mengharapkan PAS akan menolak bantuan dan kerjasama dari DAP dalam pilihan raya kecil, khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Harapan Umno/BN ini disandarkan dengan momokan lama, Melayu Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak dapat menerima DAP, bukan buat seketika, tetapi selama-lamanya.    
   
Malahan, orang-orang Melayu dalam Umno, masih lagi diajar supaya memandang jijik kepada DAP, kalau boleh selama-lamanya mengkategorikan DAP itu sebagai musuh Melayu dan anti Islam.Jika ada orang Melayu masuk DAP, pemimpin Umno mahu mereka itu dianggap sebagai bukan Melayu lagi, walaupun mereka (yang masuk DAP) tidak diketegorikan sebagai murtad.

Julang bendera DAP
Namun, hari ini, di depan mata pemimpin-pemimpin Umno, mereka sudah melihat anak-anak muda Melayu menjulang bendera DAP, bersekali dengan bendera PAS dan PKR, yang menyebabkan sesak nafas mereka. Bukan itu sahaja, anak-anak muda yang rata-rata Melayu ini menampal poster DAP tanpa segan silu, yang menunjukkan bahawa perbezaan landasan perjuangan antara PAS dengan DAP sudah tidak dijadikan batu penghalang lagi.
Ketika Pemuda Umno mahu meneruskan kempen dan fitnah yang boleh menyebabkan orang-orang Melayu dalam Umno terus memandang jijik kepada DAP, pemuda-pemuda yang tidak mempunyai fahaman politik perkauman, tidak menghiraukannya.Jika orang Umno mengatakan DAP tidak sukakan Melayu, DAP pula mengatakan mereka tidak suka rasuah. Hari ini, orang Melayu sedang memikirkan, mana yang betul, memerangi rasuah atau memerangi DAP?

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu sebenarnya bukan permulaan. Sudah banyak kali pilihan raya kecil dan pilihan raya umum dilalui, anak-anak muda Cina tidak segan silu mengibar bendera PAS manakala anak muda Melayu, yang bukan dari kalangan Umno, mengibarkan bendera DAP.
Ini sekaligus memberi erti, anak-anak muda yang tidak memasang apa-apa ism dalam pemikiran politik mereka, lebih jijik kepada rasuah daripada memandang jijik kepada DAP, sebuah parti yang selama ini dikenali sebagai parti perkauman Cina yang cukup menebal, tetapi anti rasuah.

Tolak rasuah

Perjuangan DAP memang tidak ada persamaan dengan perjuangan PAS. Mana mungkin orang Cina sama dengan orang Melayu tetapi, kedua-dua parti ini memang tidak dapat menerima rasuah malahan, memeranginya.
Begitu juga dengan perjuangan MCA dan Umno tidak ada persamaan walaupun mereka sama-sama bergabung dalam Barisan Nasional (BN). Kedua-dua parti ini memusuhi PAS dan DAP tetapi MCA dan Umno dilihat sudah begitu teruk terpalit dengan rasuah.
Jika sesiapa melihat sejarah kejatuhan pemimpin Umno, kebanyakan mereka terkorban kerana rasuah. Berbeza dengan kejatuhan pemimpin PAS dan DAP, mereka jika jatuh, kerana mereka tidak berjaya mempertahankan prinsip perjuangan mereka.
Umno dan MCA pening melihat sambutan pengundi Cina di Kuala Terengganu dapat menerima kehadiran Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Ini adalah sesuatu yang mengerunkan Umno dan MCA dalam menghadapi PRU 13, empat tahun akan datang.

Ketika orang Umno mengajak penyokongnya terus membenci DAP, PAS dan PKR pula dapat menyakinkan orang-orang Melayu, Cina dalam DAP adalah sama dengan Cina dalam MCA, Gerakan dan parti-parti lain yang bergabung dengan BN.
Jika berbeza pun, Cina DAP dengan Cina dalam MCA dan Gerakan, kerana prinsip mereka yang agak berbeza. Ketika Cina dalam DAP memerangi rasuah, Cina dalam MCA dan Gerakan dilihat terpalit dengan gejala tidak sihat ini.Walaupun beberapa penafian sudah pernah dibuat, termasuk berdebat antara bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, namun citra mereka yang berada dalam BN sudah tercemar.
Penerimaan orang-orang Kuala Terengganu terhadap kedatangan beberapa pemimpin DAP di situ, cukup meresahkan BN. Usaha untuk mengajak orang-orang Kuala Terengganu membenci DAP jelas gagal. Ternyata dalam soal ini, orang-orang Kuala Terengganu cukup bijak kerana mereka lebih membenci rasuah dari membenci parti dan pemimpin yang memerangi rasuah.
Jika Umno memberi gambaran kononnya PAS dan DAP adalah dua parti yang mempunyai perbezaan ketara dari segi perjuangan, tetapi ia tidak memberi apa-apa kesan kepada pengundi-pengundi muda sekarang ini.

Hargai perbezaan
Mereka sudah dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Bukan sahaja DAP dan PAS berbeza, malahan Umno dan MCA juga berbeza. Mana ada Umno dan MCA mempunyai persamaan? Malahan, syarat-syarat keahlian menganggotai parti juga jelas berbeza, samalah perbezaan yang ada pada PAS dan DAP.
Namun, pengundi sudah dapat melihat, antara PAS dengan DAP mempunyai semangat untuk memerangi rasuah secara total. Persamaan ini menyebabkan rakyat di Kuala Terengganu, khususnya pengundi Cina tidak keberatan menyokong PAS kerana mereka nampak persamaan PAS dan DAP dalam perjuangan membasmi rasuah.
Bagi mereka, jika ada perbezaan pendapat antara PAS dengan DAP dalam soal Hudud dan Qisas, ia bukan tugas mereka menyelesaikannya. Biarlah kepimpinan parti menyelesaikan di peringkat masing-masing. Yang pasti, mereka mahu memenangkan calon PAS, Abdul Wahid Endut di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu kali ini.
Kegelisahan Umno/BN ialah, tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Kuala Terengganu dimenangi PAS dalam PRU 12 yang lalu. Hanya satu kerusi MCA/BN menang yang merupakan kawasan di mana terdapat ramai pengundi Cina.
Hari ini, dari segi logik atas kertas, jika BN hendak menang, mereka hanya bergantung kepada undi Cina. Malangnya, pengundi kaum Cina sudah dilihat dapat menerima kehadiran pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, Guan Eng, Ngeh Koo Ham dan Teressa Kok dalam kempen-kempen yang diadakan.

Ketika Umno/BN merasakan mereka gagal mempengaruhi orang-orang Kuala Terengganu supaya menolak DAP, kehadiran beberapa pemimpin MCA yang dilihat rendah moralnya juga tidak banyak membantu calon BN, Wan Ahmad Farid mengumpul undi kemenangan.
Malahan, ketika semua peniaga-peniaga makan di Kuala Terengganu mengambil kesempatan menaikkan harga makanan ketika pilihan raya kecil ini berlangsung, banyak pihak menyifatkannya sebagai kegagalan kerajaan negeri di bawah pimpinan Umno/BN mendapat kerjasama dari golongan peniaga-peniaga. .._

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2009
S M T W T F S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 53,551 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: