B e r t a m @ d u n

Ceramah Umum ganti Himpunan Sejuta Umat

Posted on: 20 Januari, 2009

Ahmad Tajdid                                                                                                              
Tue | Jan 20, 09 | 11:53:02 am MYT 
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) – Himpunan Sejuta Umat di hadapan Kedutaan Amerika Jumaat, 23 Januari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan ekoran perkembangan terbaru di wilayah Gaza, kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub.   
   

Ketika menghubungi Harakah sebentar tadi, Salahuddin berkata, keputusan Hamas untuk menerima pelan genjatan senjata dan pengunduran tentera negara pengganas Israel daripada wilayah Gaza mendorong PAS Pusat menangguhkan perhimpunan itu.

“Sebagai ganti, satu majlis ceramah umum ‘Intifadhah Palestin & Kemenangan di Kuala Terengganu’ akan diadakan pada tarikh yang sama di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar mulai jam 9.00 malam,” jelasnya. Ceramah umum anjuran Pemuda PAS Pusat itu akan membariskan Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Salahuddin Ayub, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Pungutan derma untuk tabung kemanusiaan Palestin juga, ujarnya akan diadakan pada malam itu. “Orang ramai dijemput hadir untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan meraikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu,” tambahnya.- tajdid _

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2009
S M T W T F S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: