B e r t a m @ d u n

Serangan Gaza – Perancangan Jahat Mesir-Fatah- Israel-Amerika

Posted on: 17 Januari, 2009

 Oleh : tokpepijat

Gaza diserang oleh Rejim Haram Yahudi. Kematian mencecah 1200 orang. Kebanyakkannya orang awam dan kanak kanak.

Serangan kejam keatas Gaza diyakini perancangan 4 pihak iaitu Amerika, Mesir, Israel dan Pergerakan Fatah(PLO). Bagi Amerika mereka menganggap HAMAS adalah pengganas yang perlu dihapuskan. Mesir pula merasakan lanskap Gaza sebagai tempat subur untuk gerakan Islam adalah satu ancaman kepada Rejim Hosni Mubarak yang menganut fahaman sekular pro Barat.

Situasi kebangkitan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan penguasaan HAMAS(asalnya Ikhwan) adalah satu rangkaian gabungan geografi yang amat menggerunkan Hosni Mubarak. Dengan hancurnya Gaza, bermakna Hosni boleh menarik nafas lega kerana musuh kerajaannya berkurangan. Semenanjung Gaza yang terletak di sempadan Mesir adalah tempat penyeledupan senjatan untuk HAMAS menentang Yahudi. Banyak terowong rahsia digali untuk bantuan senjata HAMAS.

Israel melihat ancaman HAMAS sama seperti pandangan Amerika. Perlu dihapuskan. Manakala bagi Fatah pimpinan Mahmoud Abbas inilah masanya untuk membalas dendam. Fatah berdendam kepada HAMAS berdasarkan 2 peristiwa iaitu :

a) Kekalahan memalukan mereka dalam Pilihanraya Umum Palestin yang menyebabkan mereka kehilangan kuasa di Parlimen.

b) Pengusiran anggota Fatah dari Gaza yang menyebabkan mereka lari ke Tebing Barat(West Bank).

Ini juga masanya bagi Muhammad Dahlan sekutu rapat Mahmoud Abbas untuk kembali ke Gaza untuk meneruskan siri kekejamannya. Muhammad Dahlan adalah pegawai Fatah yang terkenal dengan kekejamannya terhadap anggota HAMAS. Beliau adalah agen Israel untuk memburu anggota HAMAS yang dikehendaki Israel. Ramai anggota HAMAS merengkuk di penjara angkara Muhammad Dahlan.

Diberitakan beliau sekarang berada di Mesir menunggu saat kehancuran HAMAS untuk masuk ke Gaza. Israel menerbangkan beliau bersama 5,000 pengikutnya melalui pesawat khas menuju Mesir.

Kesimpulannya serangan keatas Gaza adalah komplot Mesir-Fatah- Israel-Amerika. Israel menyerang dan menjadikan Gaza bagai jarak padang jarak terkukur. Mesir menutup pintu sempadan agar rakyat Palestin tidak dapat cari perlindungan dan lari ke Mesir. Dan akhirnya rancangan ini sempurna dengan kembalinya Fatah ke Gaza untuk berkuasa semula. Kembalinya Fatah ke Gaza umpama Monggol masuk ke Baghdad.

Wa Islama Palestin! Wahai Islamku Palestin! Tiadakah lagi MUKTASIM zaman moden ini?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2009
A I S R K J S
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 54,002 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: