B e r t a m @ d u n

Gaza: Mengapa Ketua Negara Kristian Lebih Berani Dari Ketua Negara Islam??

Posted on: 17 Januari, 2009

 Oleh pendikargunung

“Dua minggu lepas sebuah negara Kristian di Amerika Selatan – Venuezela – menghalau duta Israel dari negara itu kerana tidak bersetuju dengan pembunuhan beramai-ramai penduduk Gaza. Hari ini sebuah lagi negara Kristian jiran kepada Venuezela mengambil langkah yang lebih berani apabila Bolivia mengumumkan pihaknya telah memutuskan hubungan diplomtik yang telah terjalin dengan regim zionis itu sejak 50 tahun yang lalu.

al-agsa1
Nampaknya dalam isu Gaza ini orang Kristian lebih berani menyatakan penentangannya terhadap dasar zionisme berbanding dengan sebahagian negara Islam. Lihat sahaja demonstrasi yang diadakan di negara-negara Barat, ia berupaya menarik kehadiran puluhan ribu orang seperti di Brusells, Belgium di mana 40,000 orang hadir, sedang di negara Islam termasuk Malaysia jumlah kehadiran sekitar 5,000 sahaja. Tapi jumlah yang hadir dalam demonstrasi tidak membawa erti apa-apa kepada dasar pekak badak regim. Mereka cuma takut kepada roket Hamas dan Hizbollah atau tindakan lain yang ada signifikan dengan ekonomi dan politik mereka.

Dan apabila Venuezela bertindak berani dengan mengusir duta Israel, manakala Bolivia jadi lebih berani dengan memutuskan terus hubungan diplomatik dengan Israel, maka ia adalah satu langkah seorang jantan yang patut dipuji. Tindakan itu membawa kesan signifikan terhadap ekonomi dan politik Israel. Malangnya bagi negara-negara Islam sendiri seperti Mesir dan Turki mengiktiraf Israel dan masih mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara zionis itu. Mungkin ketua negaranya yang beragama Islam tidak ada kekuatan dan kejantanan untuk bertindak seberani Venuezela dan Bolivia. Menghalau duta Israel sudah cukup untuk memukul keangkuhan zionis dan memutuskan hubungan diplomatik pula seperti membunuh sebahagian dari sumber ekonomi negara itu.

Tapi adakah negara Islam berani melakukannya seperti dua negara Amerika Latin itu? Dan bagi negara Islam yang tiada hubungan diplomatik dengan Israel seperti Malaysia dan Indonesia beranikah mereka melakukannya terhadap ‘bapa angkat’ Israel iaitu Amerika? Soalan ini sukar untuk dijawab kerana hanya dengan keberanian dan kejantanan sahaja boleh melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup. Mungkin pemimpin-pemimpin Islam termasuk dari Malaysia belum mendapat kekuatan untuk menjadi berani dan jantan….

Oleh: pendikar gunung kriang
http://pendikargunu ng.blogspot. com/”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2009
A I S R K J S
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 54,710 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: