B e r t a m @ d u n

Mana dia peruntukan RM500 juta?

Posted on: 15 Januari, 2009

Mohd Sabri Said
Thu | Jan 15, 09 | 10:25:34 am MYT 

 today_guaneng
GEORGETOWN, 15 Januari (Hrkh)- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahukan peruntukan RM500 juta diberikan segera pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan pelbagai program demi menyelamatkan dana daripada ketandusan ekoran kedudukan ekonomi dunia yang tidak stabil.    

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan tersebut sewaktu pertemuan denganya namun beliau tidak menyatakan berapa jumlah sebenar.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahukan Kerajaan Pusat salurkan segera peruntukan RM500 juta untuk mengerakan ekonomi serta melaksanakan program mempertingkatkan dana yang semakin susut. Saya mahu Najib tunaikan janji itu bukan buat-buat lupa, ” ujarnya kepada wartawan di Invest Penang, semalam.

Permohonan itu dibuat sebagai persediaan Kerajaan Negeri menangani sebarang kemelut kewangan yang membabitkan pekerja yang dibuang, melatih mereka semula dan membuka ruang pekerjaan kepada golongan itu bagi tempuh dua tahun.

Walaupun Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM10 juta untuk membantu perkerja yang mengalami masalah tersebut namun ia tidak memadai dan berharap Kerajaan Pusat bertindak sama kerana mereka adalah rakyat Malaysia.

Jika sekiranya peruntukan di perolehi beliau yakin masalah pembuangan pekerja dapat ditangani dengan membuka peluang baru kepada golongan sasar.

“Pembuangan pekerja memang tidak boleh dinafikan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Banyak industri terpaksa melalui zaman gelap ekoran kemerosotan ekonomi dunia apabila tiada keluaran dibuat, ” ujarnya.

Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri merasai perlu peruntukan tersebut bagi menampung keperluan walaupun dalan tempuh dua tahun akan datang. – azm_

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2009
S M T W T F S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: