B e r t a m @ d u n

Sokongan bukan Islam luar biasa – Haji Wahid

Posted on: 13 Januari, 2009

 
Lanjusoh
Tue | Jan 13, 09 | 2:20:47 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 13 Jan (Hrkh) – Sebelum ini banyak pihak mengandaikan kira-kira 8,000 pengundi Cina menjadi penentu pilihan raya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini. namun fakta itu kini cuba dilupakan.

 
 
   

Menjelang hari-hari terakhir kempen, nampaknya calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh terpaksa bergantung kepada faktor lain termasuk polis yang pernah berada di bawahnya sebelum ini.

Kehadiran berulang kali pemimpin-pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok, manakala pemimpin KeADILan, Tian Chua dan ramai lagi menyebabkan kampung yang didiami kaum Cina semakin mesra dengan calon PAS.

Penempatan tersebut termasuk Kampung Tiong dan Kampung Cina Inilah hakikat yang berlaku sekarang dan tidak dapat lagi dinafikan media kerajaan.

Mengulas perkembangan itu, Adun Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut juga memberitahu beliau begitu terharu dengan sokongan masyarakat bukan Islam terutamanya kaum Cina sekarang.

“Pertama kali saya bertanding pada pilihan raya kecil di Dun Bandar pada 1986, ketika saya datang menemui mereka di pasar, ramai yang enggan ditemui. Mereka tidak melayan kehadiran saya.

“Namun sekarang Alhamdulillah berlaku perubahan yang cukup luar biasa. Ketika saya berkunjung ke perkampungan mereka dengan rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat sambutan cukup menarik.

“Malah ramai yang datang menemui saya dan menyatakan sokongan,” katanya juga calon PAS pilihan raya kecil Kuala Terengganu ketika ditemui di rumahnya kelmarin.

Beliau baru pulang daripada berkempen kelihatan keletihan, namun masih sempat lagi berkongsi maklumat apa yang berlaku.

Abdul Wahid berkata, perubahan momentum sokongan rakyat bukan Islam dapat dilihat dengan jelas sekarang.

Bekas anggota parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yusof berkata, situasi pilihan raya umum Mac tahun lalu kelihatan masih kekal di Terengganu sekarang, serupa dengan apa yang berlaku di Permatang Pauh sebelum ini.

Katanya, biar pun kerajaan telah menurunkan harga minyak, namun tekanan hidup masih berlaku kerana barangan barangan keperluan kekal tinggi.

Dan ditambah pula dengan harga bahan komoditi merudum teruk kebelakangan ini.

“Berdasar kepada situasi tersebut menyebabkan peluang calon PAS semakin cerah dan ditambah pula dengan masalah dalaman Umno Terengganu yang belum reda. – mj _

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2009
S M T W T F S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: