B e r t a m @ d u n

Pemuda PAS Kedah bersedia jihad ke Palestin

Posted on: 5 Januari, 2009

Izwan Abdul Halim                              boycott-israel-275x275
SUNGAI PETANI, 3 Januari (Hrkh) – “Sesungguhnya isu Palestin tidak akan selesai dengan diplomasi tetapi selesai dengan senapang dan jihad umat Islam.
   

Demikian kata-kata As-Syahid Dr Abdullah Azzam yang dipetik semula oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah semasa membakar semangat para hadirin yang menyertai demonstrasi membantah kezaliman Zionis Israel berhampiran Menara Jam Besar, i sini selepas solat Jumaat semalam.

Dengan kalimah syahid dan jihad menjadi laungan peserta demonstrasi, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Perak, Ustaz Sidik Noor yang turut menyertai demonstrasi itu juga bersama membangunkan semangat peserta dengan pidatonya.

Beliau menyeru pemuda agar melakukan kesiap-siagaan sekiranya dipanggil untuk melaksanakan jihad di bumi Palestin. Katanya, pemimpin Hamas, Syeikh Ahmad Yassin telah menyediakan pemuda-pemuda untuk berjihad di bumi Palestin, maka pemuda PAS juga perlu bersiap untuk berjihad dan syahid pada bila-bila masa. “Buktikan bahawa kita pemuda Islam adalah pemuda yang berani mati di jalan Allah!” katanya disambut laungan takbir para peserta.

Menurutnya juga, ulama-ulama Iran telah memberi galakan kepada pemuda mereka untuk berjihad di Palestin, oleh itu beliau mahu mimbar-mimbar di seluruh negara mengakui bahawa mereka yang berjihad di Palestin adalah mati syahid.

Demonstrasi anjuran Pemuda PAS Kedah itu disertai lebih 1,000 peserta dari pelbagai peringkat umur dan kaum. Turut serta Ahli Dewan Negara, Senator Ir Zamri Yusof, Exco Kerajaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib, Abdullah Jusoh dan Tan Wei Shu, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa, Adun Bukit Lada, Ustaz Ahmad I’zzat Mohamed Shauki dan aktivis sosial, Kalai Vanar.

Pada demonstrasi yang berlangsung hampir dua jam itu, Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad telah membacakan deklarasi Pemuda PAS Kedah. Demonstrasi itu turut menyaksikan lima bendera negara Israel dibakar dan demonstrasi diakhiri bacaan doa oleh Exco Pemuda PAS Kedah, Ustaz Md Lotfi Ariffin. – azm _

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2009
S M T W T F S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: