B e r t a m @ d u n

Gaza; Ahli Parlimen PR desak sidang khas Parlimen

Posted on: 5 Januari, 2009

Abdul Aziz Mustafa
Mon | Jan 05, 09 | 4:41:12 am MYT 
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Hrkh) – Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendesak supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membahas dan membuat ketetapan mengenai serang kejam Israel ke atas Gaza.    
   

Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, memorandum itu akan diserahkan kira-kira jam 11.00 pagi hari ini di Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya. “Kita berharap Perdana Menteri selaku Pengerusi Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) akan mengambil tindakan yang lebih substantif mengenai perkara itu.

“Ketetapan Parlimen boleh membuka jalan kepada tindakan yang lebih bermakna dari negara ini bagi menentang serangan kejam itu dan membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis yang kejam,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Beliau berharap ahli-ahli semua parti di dalam PR akan bersama-sama mengiringi ahli-ahli Parlimen PR itu menyerahkan memorandum tersebut.

Di Gaza, kereta kebal dan pasukan tentera Israel bertempur dengan pejuang Hamas hari ini dalam serangan darat yang dilancarkan oleh rejim Yahudi itu sejak lewat Sab tu lalu selepas lapan hari bedilan udara gagal menghentikan serangan roket ke atas negara Yahudi itu.

Lengkap dengan gogal penglihatan malam dan celoreng di muka, askar Zionis menceroboh Gaza lewat malam tadi dengan kemaraan kereta kebal dari empat pintu masuk selain dibantu oleh helikopter tempur.

Hamas memberi amaran bahawa pejuang-pejuangnya akan menjadikan Gaza sebagai tanah perkuburan Israel._

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2009
A I S R K J S
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 54,710 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: