B e r t a m @ d u n

Al-Quran beri saya kekuatan – Michael Jackson

Posted on: 5 Januari, 2009

LOS ANGELES (Amerika): Raja pop, Michael Jackson, yang sudah bergelar saudara baru, berkata Islam dan Al-Quran memberinya kekuatan, keazaman dan ketenangan untuk berdepan dengan sebarang masalah, menurut seorang rakannya.

 

‘Beliau membaca Al-Quran, yang disifatkannya memberi kekuatan dan ketenangan untuk menangani masalah yang dihadapinya, setiap hari,’ kata rakannya itu, yang enggan dikenali, dalam satu laporan agensi berita.

Sumber rapat itu turut menyangkal laporan bahawa tindakan Jackson memeluk Islam adalah palsu.B

 

eliau sudah memeluk Islam. Beliau melakukannya bukan atas paksaan, tetapi hasil pemerhatian dan mendalami agama Islam. Beliau berasa bersemangat apabila mendalami Islam,’ katanya.Sumber itu turut menegaskan perkara itu bukan satu masalah besar kepadanya.

 

‘Beliau sudah lama tidak makan daging babi kerana hanya makan sayur. Oleh itu, soal makan bukan satu masalah besar baginya,’ katanya.Laporan media Barat bulan lalu menyatakan Jackson memilih nama Mikaeel selepas memeluk Islam. Penyanyi berusia 50 tahun itu memakai pakaian serba putih ketika mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di rumah rakannya di Los Angeles.

 

Jackson, yang dibesarkan sebagai penganut Kristian aliran Jehovah’s Witness, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekod sebuah album baru.Rakannya itu, David Wharnsby, seorang penulis lagu Canada, dan penerbit, Philip Bubal, menasihatkan Michael supaya memeluk Islam. / Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2009
S M T W T F S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: