B e r t a m @ d u n

Demonstrasi bantah Zionis Jumaat ini – Sg.Petani

Posted on: 31 Disember, 2008

Hentikan sambutan tahun baru, demonstrasi bantah Zionis Jumaat ini 
Izwan Abdul Halim
Wed | Dec 31, 08 | 10:16:23 am MYT 
KOTA SARANG SEMUT, 31 Dis (Hrkh) – Pemuda PAS Negeri Kedah mengajak seluruh masyarakat yang cintakan kedamaian agar hadir beramai-ramai ke demonstrasi membantah kezaliman Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin, selepas solat Jumaat, 2 Januari ini di Masjid Sultan Muzaffar Shah, Sungai Petani.   

Menurut Ketuanya, Ustaz Musoddak Ahmad, Pemuda PAS Kedah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun Zionis Israel yang mengekalkan tradisi membunuh dari zaman ke zaman dan turut kesal terhadap badan-badan dunia yang sehingga kini terus membisu membiarkan penghujung tahun ini diakhiri dengan kehilangan nyawa umat Islam dan penduduk Palestin.

“Ini bukan kali pertama Zionis Israel bertindak sedemikian, perkara berulang yang sepatutnya pihak-pihak badan dunia sudah ada kesiap-siagaan untuk bertindak.

Lihat sahaja masyarakat yang celik di seluruh dunia bangkit menyatakan bantahan mereka, pemimpin dan badan-badan dunia juga patut untuk tidak berasa gusar untuk bertindak sewajarnya. Atau apakah mungkin mereka masih berdiam diri kerana turut merestui tindakan itu?” katanya memberitahu wartawan Harakahdaily.

Sehubungan itu juga beliau menegaskan, sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi negara ini, maka Malaysia perlu menghentikan sebarang bentuk program sambutan tahun baru yang menjurus kepada maksiat sebagai tanda persaudaraan dan simpati kepada umat Islam Palestin.

“Buktikan sokongan kepada saudara kita di sana (Palestin) sekurang-kurangnya dengan membatalkan serta-merta penganjuran sambutan tahun baru yang hanya semata-mata untuk berseronok dan membiakkan maksiat,” ujar beliau menyeru.- azm _

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Disember 2008
S M T W T F S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: