B e r t a m @ d u n

UM Jangan Korban Ijazah Pertama dan Bahasa Melayu kerana prestasi jatuh

Posted on: 18 Disember, 2008

Dilulus terbit pada Wednesday, December 17 @ 20:35:02 MYT oleh alghaib
 Oleh hermansamsudeen

“Kerana ingin mengembalikan kedudukan Universiti Malaya dalam ranking Times Higher Education Supplement, Naib Canselornya- Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon bakal melaksanakan dasar penambahan graduan ijazah lanjutan dan mengurangkan pengambilan penuntut baru bagi Ijazah Pertama.

Universiti tertua dinegara ini begitu tertekan bagi mengembalikan kedudukannya. Kedudukan UM telah menurun sejak 2006, apabila ia menduduki tempat ke-169 pada 2005 dan turun ke tangga 192 pada 2006. Ia menduduki tempat ke-245 tahun lepas dan meningkatkan semula ke tempat 230 pada tahun ini

Tumpuan terhadap penyelidikan dan produktiviti pembangunan akan menjadi keutamaan dengan menarik graduan kelas pertama kepujian bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Lanjutan.
Kuota Pelajar baru tidak wajar dikurangkan

Tujuan ini baik tetapi dengan mengorbankan kuota pengambilan pelajar baru bagi program Ijazah Pertama, pastinya ia bukanlah langkah yang dinamik.Kita memang mengetahui bahawa kini semakin banyak Universiti dan kolej baru wujud. Mereka juga menawarkan Ijazah pertama. Tetapi UM tidak sepatutnya mengurangkan pengambilannya kerana pada masa ini jumlah pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Ijazah Pertama semakin meningkat.
Jika UM mengurangkan kuota, bermakna peluang bagi ramai pelajar lepasan Diploma, STPM dan SPM menyertainya semakin tipis dan mereka terpaksa memilih Universiti lain.Itu pun jika Universiti lain tidak mengikuti langkah UM yang terdesak memperbaiki ranking mereka.
Semua orang tahu bahawa mereka yang masuk Universiti adalah orang yang bijak dan pastinya Universiti juga punyai kriteria dalam memilih bakal pelajarnya. Tetapi dengan mengurangkan ruang pastilah akan berlaku lebihan permohonan yang tidak dilayani. Ini sekaligus akan membataskan peluang mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Ini sekaligus akan mengurangkan jumlah graduan dinegara kita dan kepandaian hanya dapat dimiliki oleh orang-orang yang cemerlang sahaja. Tetapi bagaimanakah kecemerlangan itu dapat dinilai jika mereka tidak diberikan peluang diperingkat Ijazah Pertama.
UM adalah sebuah Universiti dan bukannya pusat penyelidikan sahaja. Apa yang harus dilakukan oleh UM adalah mengubah struktur pembelajarannya.Penyelidikkan bukan hanya boleh dibuat diperingkat Ijazah Lanjutan. Ia juga boleh dibuat diperingkat Ijazah Pertama, tetapi melihat kepada bentuk kajian itu sendiri.
Kalau seorang Graduan boleh menyiapkan tesis Ijazah pertama mereka dalam tempoh 3 tahun, itu sudah memperjelaskan pada kita bahawa penyelidikan mampu dilakukan dalam tempoh itu. Malah mereka melakukannya dengan wang pinjaman PTPTN atau saraan JPA, Mara dan Yayasan Anak Negeri. Bukannya mengunakan geran bantuan penyelidikan Universiti.Apa yang penting, pihak Universiti perlu memberikan tugasan yang lebih realiti untuk penuntut mereka laksanakan agar mereka dapat menyediakan diri dalam pasaran pekerjaan.

Perebutan Graduan Kelas Pertama akan berlaku
UM juga akan terpaksa bersaing bagi merebut graduan Kelas Pertama yang dihasilkan oleh Universiti lain jika dasar ini dilaksanakan kerana bila jumlah pelajar Ijazah pertama keluaran UM sedikit, maka peluang mendapat graduan kelas pertama juga sedikit.
Pastinya Universiti lain tidak akan berdiam diri, kerana mereka juga mempunyai semangat untuk bersaing dengan UM bagi merebut ranking terbaik. Mereka juga ada menawarkan program Ijazah Lanjutan untuk Graduan mereka dengan menghadiahkan geran-geran penyelidikan tertentu.
Persoalan lainya,

mampukah UM memperbaiki rankingnya jika bergantung dengan Graduan Universiti lain kelak?Kualiti pengajaran dan pembelajaran di UM perlu diperbaiki, bukannya mengurangkan Kuotanya. Penumpuan pada penyelidikkan hanya akan menjadikan UM sebagai pusat penyelidikan bukannya sebuah pusat pembelajaran bertaraf Universiti lagi.Ini sekaligus akan mengeluarkan UM dari kedudukkan sebagai Universiti Kelak.

Seandainya UM mampu, mereka harus berikan peluang kepada pelajar dinegara ini menyertainya.Lebih banyak subjek dalam Bahasa InggerisPembudayaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran diperingkat Universiti kini semakin menular. UM melalui gagasan Naib Canselornya yang baru juga dilhat bakal mengorak langkah ke arah itu.
Mengejar pengupayaan menguasai bahasa Inggeris dengan menukar bahasa peperiksaan kepada bahasa Inggeris pastinya akan melemahkan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan.UM yang telah lama wujud telah sebati dengan Bahasa Melayu dan ramai graduannya yang cemerlang dengan teknik pengajaran dalam Bahasa Melayu.
Bila rangkingnya jatuh,

Bahasa Melayu dijadikan korban dan dipersalahkan.Nampaknya NC UM tidak melihat pada keupayaan bangsa Jepun memartabatkan bahasa mereka hingga menyaksikan kejayaan mereka diseluruh dunia walaupun menggunakan bahasa ibunda dalam pembelajaran dan urusan seharian.
Pada hari ini 10 Universiti Jepun yang menggunakan Bahasa Ibunda mereka sebagai bahasa pembelajaran menduduki ranking lebih baik berbanding dari Universiti di Malaysia iaitu;

University of Tokyo ditangga ke 19,
Kyoto University ditangga ke 25,
Osaka University ditangga Ke 44,
Tokyo Institute of Technology tangga ke 61
Tohoku University ditangga ke 112
Nagoya University ditangga ke 120
Kyushu University ditangga ke 156
Hokkaido University ditangga ke 174
Waseda University ditangga ke 180
Kobe University ditangga ke 190
Sumber : Times Higher Education
Oleh itu dasar penggunaan Bahasa Inggeris harus diubah dengan memperkayakan program penterjemahan bahasa bagi buku-buku rujukkan di Universiti. Banyaknya buku rujukan dalam Bahasa Inggeris bukan alasan untuk kita menidakkan keupayaan Bahasa Melayu.Jika orang jepun kreatif memperkayakan Bahasa Mereka, kenapa kita tidak? Kenapa kita masih bergantung kepada Bahasa Inggeris yang sewajarnya menjadi Bahasa Kedua.

Kita melaungkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, tetapi bila berbicara, bahasa itulah yang muncul dulu.Siapa lagi yang akan pertahankan Bahasa Melayu kalau bukan orang Melayu dan Malaysia sendiri.
Kita salahkan orang cina dan India tak pandai Bahasa Melayu kerana belajar disekolah Vernakular. Tapi adakah Kerajaan Prihatin untuk perkasakan bahasa Melayu di Sekolah Vernakular, Sekolah Kebangsaan dan Universiti. Mereka sebenarnya tidak diberikan peluang dan ruang yang mencukupi bagi mempelajari Bahasa Melayu. Bukan salah mereka, tapi salah pentadbir pendidikan mereka.
Persoalan yang paling penting kini, adakah pendidik dinegara kita semakin tidak yakin dengan bahasa sendiri? atau adakah ianya sekadar cita-cita kelam segelintir pencinta Bahasa Inggeris?
Oleh itu para Mahasiswa, Pelajar dan juga rakyat Malaysia yang cintakan Bahasa Melayu dan ingin melihat anak bangsa mereka mempunyai tempat di Universiti perlu bangkit untuk membantah saranan Naib Canselor UM ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Disember 2008
S M T W T F S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: