B e r t a m @ d u n

Rancangan hiburan masakini banyak lahirkan golongan dayus

Posted on: 17 Disember, 2008

 oleh: Ustaz Zainudin Hashim
Mon | Dec 15, 08 | 2:09:16 pm MYT

 
Islam tidak sama sekali tidak mengaharam atau menghalang manusia untuk berhibur, kerana ia adalah keperluan bagi menenangkan jiwa atau fikiran yang berserabut dengan tugasan harian atau bagi meredakan tekanan akibat terlalu banyak menunaikan tanggungjawab pada diri dan keluarga.
  
Suami ada tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak dan sebaliknya isteri juga ada tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak, perkara yang boleh menghilangkan seketika tentang kepayahan melaksanakan tanggungjawab masing-masing, begitulah setiap insan di dunia ini akan mengalami keadaan yang serupa.

Maka hiburan adalah ubat atau penawar terbaik bagi mereda, menghilang serta menyisihkan keserabutan ketika menjalankan tanggungjawab, tetapi hiburan itu tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain, kaedah berkesan bagi generasi terawal di kalangan para sahabat dan tabi�in menghilang stress atau apapun namanya, ialah dengan membaca atau menghafaz al-Quran.Ini kerana bagi mereka al-Quran adalah penawar, penghibur, penghilang rasa duka, kecewa, penat, stress dan sebagainya, ia menunjukkan bahawa generasi awal melihat al-Quran sahajalah satu-satunya ubat berkesan untuk tujuan tersebut.Tetapi ia tidak kepada segenap generasi hari ini, mungkin terdapat di kalangan muslim hari ini yang menjejaki amalan orang-orang yang terdahulu daripada, itupun yang sentiasa menghubungkan diri dengan program-program masjid atau surau, yang mengikuti panduan dan motivasi penceramah yang mengingatkan mereka untuk berbuat demikian.
Akan tetapi bagi yang tidak menghubungkan diri dengan rumah-rumah Allah, mereka tidak nampak dan tidak ada dalam minda mereka penawar duka ialah al-Quran, tetapi mereka memilih dengan hiburan yang tidak sama sekali mencerminkan kebaikan sama ada untuk agama atau diri mereka sendiri.Maka bagi penghibur atau selebriti, mereka memilih hiburan yang tidak mencerminkan ciri-ciri tamadun yang telah digaris pansukan oleh al-Quran mahupun Sunnah Nabi Muhammad s.a.w., maka muncullah

program-program realiti yang kononnya sifatnya menghiburkan penonton, sama ada di rumah ataupun di studio, apapun ia sedikitpun tidak mencerminkan cara berfikir para peserta dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, pasangan suami isteri yang terlibat dalam rancangan malam �Sehati berdansa� yang menampilkan pasangan suami isteri menari di hadapan khalayak ramai tanpa memakai tudung kepala atau pakaian yang jelas menutup aurat dengan sempurna.
Dalam sesi latihan tangan isteri selebriti tertentu dipegang oleh pakar jurutari lelaki bagi menunjukkan cara yang betul kononnya tarian yang sempurna mengikut rentak muzik, dengan pendedahan aurat dan menampakkan rupa bentuk badan, apakah mereka tidak merasakan bahawa tindakan itu sebahagian daripada ajaran Rasulullah s.a.w.?
Tidakkah sang suami merasakan bahawa tangan isteri dipegang oleh lelaki yang bukan mahramnya, dada dan tubuhnya dilihat oleh mereka yang tidak dibenarkan itu satu kesalahan yang disifatkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai suami yang dayus?

Sesungguhnya orang-orang yang dayus tidak mendapat tempat di sisi Allah dan Rasul-Nya pada hari kiamat, tidakkah mereka merasa takut akan diheret dan diseret di hadapan mahkamah Allah pada hari di mana segenap manusia sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka?.Justeru, marilah kita sama-sama melihat dengan pandangan makrifat ketegasan sabda Nabi Muhammad s.a.w. seperti di bawah ini dengan kedudukan hadis yang sohih :
Hadis pertama : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, wanita yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS� ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya sahih: Ghayatul Maram, no 278 ). Hadis kedua : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya� ( Riwayat Ahmad ).
Malah banyak lagi hadis-hadis yang membawa makna yang hampir dengan dua hadis ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus. Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu Sabda Nabi : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : � Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak� lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : �Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) – Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat.
Dari hadis di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi maksudnya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) . Dinukil sebahagian pendapat daripada pandangan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.
Apapun jika diri kita masing-masing mahukan pertolongan dan bantuan Rasulullah s.a.w. pada hari kiamat, tiada jalan lain yang lebih mujarab melainkan kita akur dan menerima segala apa yang disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w., kerana ketundukan kita kepada arahan baginda adalah juga menunjukkan kita tunduk kepada arahan Allah SWT sepertiman yang ditegaskan-Nya menerusi ayat 80 surah an-Nisa� yang bermaksud : �Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka Sesungguhnya dia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita Wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).� – lanh _

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Disember 2008
A I S R K J S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 54,164 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: