B e r t a m @ d u n

MIBA kesal pegawai bank sebut ‘orang asing’

Posted on: 17 Disember, 2008

Dec 15, 08 2:20pm
Persatuan Perniagaan India Malaysia (Miba) kesal dengan sikap tidak sensitif seorang pegawai bank milik kerajaan yang menggunakan istilah ‘orang asing’ terhadap kaum lain ketika berucap di seminar anjuran Miba di Kuala Lumpur hujung minggu lalu.

  p sivakumar Seminar tersebut dianjurkan bersama oleh Miba dengan sebuah bank milik kerajaan berhubung kemudahan bantuan dalam bentuk pinjaman kepada ahli-ahli Miba. Kira-kira 70 peniaga menghadiri seminar tersebut.

Presiden Miba, P Sivakumar memberitahu Malaysiakini bahawa peserta merasa jengkel apabila seorang pegawai tinggi dari bank tersebut didakwa mengulangi perkataan ‘orang asing’ itu sebanyak dua kali.

Katanya, pegawai berkenaan “merujuk kepada masyarakat India” ketika memberitahu para hadirin bahawa ‘orang asing’ kini boleh memohon pekerjaan di bank-bank berkenaan.

Sehubungan itu, Sivakumar menggesa para penceramah di seminar-seminar awam supaya lebih berhati-hati dan lebih bertanggungjawab.Beliau juga menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang “memalukan”, tidak bertanggungjawab, tidak berperlembagaan dan berunsur hasutan.

“Masyarakat India adalah rakyat negara ini. Beberapa generasi telah berlalu sejak Malaya mencapai kemerdekaannya,” tegas beliau.”Harus diperjelaskan bahawa negara ini mencapai kemerdekaannya dari British hanya selepas ketiga-tiga kaum utama melalui Umno, MCA dan MIC bersetuju dengan Pengisytiharan Perlembagaan Persekutuan untuk mencapai kemerdekaan,” katanya.

Sivakumar berkata, masyarakat India telah menyumbang kepada kemajuan negara sejak awal lagi dan turut bekerja keras untuk kemakmuran negara.”Bagi kami, negara ini adalah tanahair kita, tetapi malangnya masih ada mereka yang menganggap kita sebagai orang asing dan terus menerus menyemai rasa tidak percaya,” tambahnya.

Mesti minta maaf

Bagaimanapun, Sivakumar berkata beliau tidak mahu isu ini disensasikan oleh pihak-pihak lain, termasuk parti-parti politik.”Tidak perlulah kita memperbesar- besarkannya. Ia adalah satu kes terpencil,” tegasnya.

Sivakumar berkata, Miba telah menulis surat kepada pegawai terbabit dan juga akan menulis surat aduan kepada pihak bank berkenaan, Gabenor Bank Negara dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Kita mahu beliau (pegawai berkenaan) memohon maaf. Ia juga bukan untuk kepentingan kita tetapi demi kepentingan umum. Ia harus menjadi peringatan kepada yang lain,” katanya.Menurut beliau lagi, insiden itu juga tidak memberi contoh teladan yang baik kepada pegawai-pegawai baru bank yang turut hadir di seminar tersebut.

“Pegawai-pegawai ini memegang jawatan penting dan semestinya bersikap tidak memihak dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Lagi pula, beliau adalah pegawai bank dan tidak seharusnya bersikap seperti seorang ahli politik,” katanya.

__._,_.___

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Disember 2008
S M T W T F S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 53,551 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: