B e r t a m @ d u n

Halalkah makanan dihotel kita ?

Posted on: 10 Disember, 2008

 OLeh Dr M. Hayati         fikir

Hidup kena makan. Makan untuk hidup, tapi ada orang menjadikan hidup untuk makan. Itulah yang menyebabkan ada orang kita yang mengaku Islam tetapi dia hentam apa saja yang boleh asalkan kenyanag perut sudah.

Dalam jawapan kepada soalan YB Rantau Panjang hari Khamis lalu, Senator Mashitah bekas YB Baling dulu menjawab, saperti berikut, 

Dalam penjelasan tadi Mashitah  memberi tahu Parlimen daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak sampai 1 peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil halal. Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal.

Dalam persoalan HDC ni, ana dah sentuh dalam pertanyaan kepada PM tempoh ari, menteri di JPM jawab hanya 5 negeri yang beri hak kepada HDC untuk anugerah logo halal, yang lain belum lagi. Kerana hak logo halal ni hanya MAIN saja yang layak beri dan diturunkan kepada JAKIM tetapi tak semena-mena dapat pula kepada HDC. Ana tak athulah samada halal yang HDC bagi tu mendapat restu MAIN atau tidak, tetapi daripada jawapan menteri dari cameron highland hari tu macam tak saja.
Tak ke risau hati kita mendengar nya tuh? Berapa ramai diantara kita yang menginap dan makan minum dihotel dalam negara kita jika ada urusan jauh dari rumah.
Antara alasan yang beliau berikan adalah tidak ada akta memaksa hotel memohon tanda halal, hotel tidak mahu memohon kerana dapur mereka bercampur antara makanan halal dan haram, pengusaha hotel terpaksa renovate dapur kalau nak pohon logo halal kerana sekarang banyak yang bercampur antara halal dan haram.
Kalau kita lihat antara menu yang mesti ada dalam makanan saperti kek dan pasta adalah wine untuk menjadikan ia lebih tahan dan kononnya lebih enak. Dan kebanyakan hotel jenis yang tak mahu minta logo halal ini adalah jenis 4 atau 5 bintang yang pak dan mak menteri kita sentiasa menjadi pelanggan mereka.
Oleh itu ana kalau pi KL lebih suka duduk rumah daripada menginap dihotel kerana dalam hadis yang ana baca masa mengganggu jawapan Dr Mashitah hari tu,’ setiap daging yang tumbuh dari punca yang haram, maka api neraka lebih aula baginya.’
Apa jawapan Dr Mashitah yang pernah menjawab dalam soalan di Metro pasal ibu yang melacur diri untuk cari rezeki nak bela anak yang dikatakan dharurat oleh Timbalan Menteri ini sebagai dimaafkan. Kalau begini jawapan dia, tak hairanlah maka hari tu riuh rendah dengan wakil YB dari BN pun bangun membantah sampai Yb Datok Bung Mokhtar pun meloncat naik angin pasal jawapan Menteri tu menjadikan kita tambah ragu-ragu nak menginap di Hotel yang berbintang banyak ni, hanya duduk di Hotel Sri Malaysia sajalah kalau macam ni, atau pun dok hotel depa, lepas tu minta duit untuk makan direstoren diluar.
Bercakap pasal makanan halal ni, memang kita dapati umat Islam sekarang ni tak berapa hirau lagi dah dengan halal atau haram ni, sebab tu jiwa mereka dengan Islam sudah agak jauh, apabila sesuatu berlaku kepada umat Islam, mereka tidak anggap ianya menimpa mereka , padahal nabi pernah berpesan, sesiapa yang tidak mengambil hirau tentang perkara yag melibatkan umat ku, mereka bukan daripada ku.
Oleh kerana penuh benda yang haram dan bersubahat masuk dalam badan kita, maka nak mempelajari kuliah ugama dan ceramah ugama pun kita jadi malas, nak buka baca alquran pun kita malas, sebab makanan kita semua dibuat oleh bukan Islam, macam baru-baru ni kalau biskut yang lebih melamin, sibuk kita tak makan, tetapi biskut yang ada berbagai lagi bahan tak halal, saperti coklet dan ais krim yang ada gelatin kita bedal tak cukup tangan lagi.
Pada ketika ni ana sokong sahabat ana PPIM yang bela producer makanan halal daripada umat Islam, tapi pasal sokong ISA tu ana tak setuju lah ya Dato’ Dr Makmur, bekas Timbalan Presiden Jaksa masa ana jadi Presiden di UKM dulu.(tahun 1982) kerana jiran dekat rumah ana di Pendang dua orang kena ISA tetapi sampai la ni tak tahu apa kesalahan mereka, bila dah bebas sekarang tak ada apa-apa tuduhan pula yang dikenakan kepada dia, tetap yang sorang lagi masih dalam ISA, kesian anak isteri dia, kesian jiwa anak dan isteri dia, kerja beliau hanya mengajar disurau dan masjid dan mengajar disekolah, sampai bila nak kena tahan dalam Kemunting, hanya menteri dalam negeri dan Allah saw yang tahu. Bayangkan jiwa anak-anak dan naluri isteri kalau keadaan begini berlaku dalam keluarga kita, kalau tak kena kita, memang kita kata tak zalim, tapi kalau dah batang hidung kena, baru tahu.


KedahLanie@gmail. com
Http://KedahLanie. blogspot. com
Note: Admin mengalukan sumber berita semasa dari negeri KEDAH…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Disember 2008
S M T W T F S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: