B e r t a m @ d u n

Pluralisme dan Sekularisme

Posted on: 27 November, 2008

Petikan Ucap Utama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Sempena Multaqa Ulama SeMalaysia 

 

Kehidupan dalam masyarakat majmuk membawa kepada kecenderungan untuk mengenepikan dimensi agama di dalam pengurusan kehidupan. Ini kerana agama dianggap sebagai perkara yang bersifat metafizik, yang tidak dapat dicapai dengan pancaindera dan tidak dapat dirasionalkan. Panduan daripada agama hanya dianggap sesuai untuk sesuatu penganut itu sahaja, bukan untuk penganut yang lain. Sehingga timbul persoalan mengapa pula ajaran dalam agama lain yang bersifat metafizik itu perlu untuk dikenakan  kepada penganut agama lain tanpa lojik dan alasan yang munasabah.   

Oleh sebab itu, masyarakat majmuk merupakan alasan yang kerap kali diutarakan untuk menolak Islam sebagai panduan hidup manusia. Inilah asas kepada pemikiran pluralisme iaitu aliran falsafah yang menolak sebarang bentuk autoriti agama untuk dijadikan panduan apatah lagi untuk dikuatkuasakan sebagai undang-undang.[1]  

Di sini letaknya cabaran yang besar kepada ulama untuk meyakinkan terlebih dahulu bahawa Islam merupakan agama yang benar, tidak sekadar sesuai untuk orang Islam bahkan ia juga sesuai untuk semua orang. Selain itu, kita mendapati bahawa orang Islam sendiri mengalami krisis keyakinan terhadap Islam dan mereka berasa tidak yakin dengan kelebihan Islam di hadapan orang bukan Islam, apatah lagi untuk memujuk mereka agar menerima Islam sebagai panduan hidup.  

Sebagai contoh apabila kerajaan Kelantan menggalakkan masyarakat mengikuti etika berpakaian cara Islam, ianya dibantah sendiri oleh kelompok umat Islam yang kononnya memperjuangkan hak-hak wanita dan kebebasan. Cabaran yang seterusnya ialah untuk meyakinkan orang bukan Islam tentang kelebihan yang terdapat di dalam Islam dan hikmah kepada pelaksanaan Islam. Dalam hal ini Allah telah menegaskan :  

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

  Maksudnya: Tidak kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Surah al-Anbiya’: ayat 107.  

Aliran pemikiran yang tidak berasaskan kepada Islam kesemuanya merujuk kepada keupayaan mutlak akal dalam memahami hakikat kebenaran dan menolak unsur wahyu sebagai sumber dalam menentukan kehidupan manusia. Kesemuanya berteraskan kepada sekularisme, yang menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi amat jelas bertentangan dengan Islam.  

Namun, secara tidak sedar ia telah pun menular masuk menerusi penekanan yang diberikan oleh masyarakat masa kini terhadap kemajuan sains dan teknologi yang menafikan unsur ketuhanan. Pengajaran dan pembelajaran, serta pendekatan kepada sains dan teknologi yang mereka aplikasikan adalah berasaskan kepada darwinisme yang membawa kepada pemikiran yang mengatakan bahawa alam ini terjadi dengan sendiri. Ini membantu mengukuhkan pemikiran sekularisme kerana manusia telah berasa bahawa mereka memiliki keupayaan bagi mentafsirkan sesuatu fenomena alam tabie dan seterusnya mereka turut berasa boleh untuk membuat tafsiran baru berdasarkan kepada kemahuan mereka.  

Ini dikuatkan dengan premis yang terdapat di dalam sains itu sendiri iaitu alam ini teratur dan manusia mempunyai kemampuan untuk memberi hujah rasional dan memahami sebab-musabab untuk memahami keteraturan alam. Lantaran itu, ia membawa keegoan manusia dalam berasional sehingga terbawa-bawa ke dalam isu agama.  

Atas asas inilah, Imam al-Ghazali mengarang kitab Tahafut al-falasifah bagi menolak pegangan ahli falsafah yang terpesona dengan kemampuan akal mereka dalam bertakwil sehingga ke tahap beliau telah mengkafirkan sebahagian mereka.  

Sebahagian ulama dan cendekiawan Islam  menolak pemikiran golongan ahli falsafah yang berteraskan sekularisme ini menerusi pendekatan pemikiran juga seperti yang dilakukan oleh Dr. Muhammad Iqbal, menerusi karya agungnya The Reconstruction of Religious Thought in Islam”, yang bermaksud “penstrukturan semula pemikiran beragama di dalam Islam”. Kemudian, ia diikuti oleh Ismail al-Faruqi menerusi Islamization of knowledge iaitu Islamisasi ilmu dalam versi masing-masing, walaupun ianya masih boleh dibincang lanjut, namun mempunyai matlamat ke arah menolak sekularisme.  

Menerusi pendekatan gerakan Islam semasa, ia telah digagaskan oleh Hasan al-Banna menerusi teori Islam Syumul di dalam Risalah al-Ta’lim dan Syed Qutb menerusi teori al-hakimiyyah. Justeru, lagi bertambah moden dunia yang dihadapi oleh manusia, lagi bertambah kekaguman manusia dengan kemampuan akal mereka dan akhirnya menolak kepada dimensi wahyu. Apa yang menjadi cabaran kepada ulama ialah, hakisan terhadap autoriti yang mereka ada sebagai pewaris kepada nabi. Persoalannya, sejauh manakah mereka sedar tentang perkara ini?  

Bekas Syeikhul Azhar, Syeikh Abdul Halim Mahmud Rahimahullah di dalam buku beliau al-Tauhid al-khalis aw al-Islam wa al-‘aql menulis:  

“Tatkala keadaan sekitaran adalah penuh makmur dengan agama ketuhanan, yang memenuhi hati dengan iman dan memenuhi perasaan dengan hidayah, para pemuja falsafah tersebut telah berusaha – melalui pendekatan iblis – untuk menyelaraskan di antara agama dan falsafah sesat.”  



[1] Sila lihat Anis Malik Toha, al-Ta’addudiyyah al-Diniyyah: Ru’yat Islamiyyah, 2005, IIUM: Kuala Lumpur . 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2008
S M T W T F S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: