B e r t a m @ d u n

petikan dari antihusam.blogspot. com

Posted on: 27 November, 2008

Saya ingat Anwar dah berubah….rupa- rupanya tidak. Kalau dalam UMNO dulu, menipu dan mungkir janji dah jadi budaya. Ingatkan bila dah keluar UMNO dan bersama PKR dan PR beliau dah berubah lebih-lebih lagi bila selalu berdamping dengan para ulama di dalam PAS. Rupa-rupanya budaya tersebut telah menjadi darah daging beliau hingga sukar untuk dibuang.

Satu dunia tahu yang Anwar berjanji dengan rakyat Malaysia bahawa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada 16 September, 2008. Anwar dah janji dengan DAP, Anwar dah janji dengan PKR, Anwar dah janji dengan PAS dan ahli-ahli mereka bahawa kerajaan akan bertukar pada 16 Sept. Habis semua orang gelabah lebih-lebih lagi UMNO. Habis semua orang mengharap lebih-lebih lagi pemimpin yang kemaruk pangkat dalam PAS. Dah ada dikalangan pemimpin PAS sendiri dah mula pasang angan-angan nak jadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Terlalu banyak masa dan tenaga dibuangkan untuk berbincang berkenaan pembentukan kerajaan baru sehingga PAS hampir atau dahpun berpecah. Hinggakan wala’ dan taat kepada pemimpin sendiripun dah beralih arah. Hinggakan pandangan Presiden sendiripun dipertikaikan. Hinggakan matlamat menegakkan negara Islam pun dikesampingkan. Dan yang lebih parah….hinggakan ayat AlQuran pun sanggup di “tapi” kan.

Bila Dato’ Mustafa Ali membuat kenyataan bahawa tidak akan terbentuk kerajaan PR pada 16 September, maka terloncat-loncatlah budak suruhan Anwar dan Husam menyerang Dato’ Pa. Kununnya mungkin nak jadi hulubalang Anwar dengan harapan Anwar akan jadikan mereka sebagai kroni beliau agaknya. Yang paling sedih ialah bila Husam gunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz agar sama-sama menyerang Dato’ Pa. Peristiwa ini tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Akhirnya, bila tiba 16 September, 2008 tidak ada apa-apa pun yang berlaku. Tidak terbentuk pun Kerajaan Pakatan Rakyat seperti yang dijanjikan oleh Anwar dan seperti yang diharapkan oleh jutaan rakyat Malaysia. Yang ada hanya beberapa siri sidang media Anwar yang sering dihadiri oleh kumpulan Erdogan PAS yang terhegeh-hegeh nak jadi menteri. Bila orang tanya pasal kerajaan PR dia hanya jawab… I have the numbers, I have the numbers! Bila orang tanya siapa dia yang nak lompat tak boleh jawab, kununnya strategi… takut kena kacau.

Seribu satu alasan dan dalih diberikan. Dan seperti selalu beliau masih berjaya meyakinkan sebahagian besar penyokong PR untuk percaya kepada alasan-alasannya. .. termasuk dua tiga kerat yang kempunan nak jadi menteri dalam PAS. Entah ilmu apa yang di pakai Anwar sampai orang boleh percaya kepada cakap dia walau ditipu berkali-kali.

Kemudian dengan muka tak malu terpaksa mengiakan pendapat Dato’ Pa apabila Anwar terpaksa meminta Pak Lah buat sidang parlimen tergempar untuk nak bawa usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri. Satu tarikh baru diberikan iaitu 23 September untuk Paklah buat sidang parlimen tergempar, kalau tidak……. .

Akhirnya bila tiba 23 September… tidak ada apa-apa juga yang berlaku. Yang ada hanya “berlakun”. Memang Anwar pandai berlakun. Kesalahan diletakkan kepada Paklah kerana tidak memanggil sidang parlimen tergempar. Sekali lagi rakyat Malaysia termasuk PAS kena tipu.

Satu persoalan disini….betulkah Anwar ada majoriti ahli parlimen yang dah melompat dan bersama PR? Siapa yang boleh confirm? Macam-macam versi yang Anwar berikan kepada PAS. Sekejap kata dah cukup kuota muslim. Sekejap kata dah cukup bilangan yang melompat tapi masih tak cukup bilangan ahli parlimen muslim. Yang pastinya beberapa nama yang Anwar berikan kepada PAS kununnya dah setuju nak melompat adalah ternyata TIPU. Tak perlulah saya dedahkan disini siapa nama-nama tersebut. Cukup jika saya katakan Anwar “don’t have the numbers” atau hanya “hope to have the numbers”.

1 Response to "petikan dari antihusam.blogspot. com"

dieorg nii.. yg mengata entah ape2 ni.. orang awam kan.. orang biasa jer kan.. hamba Allah kan.. kenapa dieorg nk berlagak tahu pula.. dieorg tuu.. boleh bce fikiran orang lain ker???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2008
S M T W T F S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: