B e r t a m @ d u n

Adun PAS nafi desak Tuan Guru Nik Aziz berundur cepat

Posted on: 27 November, 2008

Harakahdaily
Thu | Nov 27, 08 | 11:43:19 am MYT 
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Hrkh) – Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat hari ini menafikan wujudnya desakan dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS supaya Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Nik Mat berundur dari jawatannya.   

Malahan, beliau yang juga Adun Pulai Chondong, berkata pihaknya mahukan Mursyidul Am PAS itu agar dipanjangkan umur supaya boleh mentadbir kerajaan negeri lebih lama lagi.

“Sepatutnya Tok Guru (Nik Abdul Aziz) memerintah lebih lama lagi. Tiada pakatan untuk gesa tok guru berundur sama ada secara sulit atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas taklimat Homestay anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan di Kota Bharu.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam, yang “tidak sabar” untuk melepaskan jawatan itu jika Adun PAS di Kelantan memintanya berbuat demikian. Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan melaporkan bahawa beberapa wakil rakyat daripada parti itu mahu beliau meletak jawatan “pada masa gemilang beliau” dan memberi laluan kepada pemimpin muda parti itu bagi menerajui kerajaan Kelantan.

Malahan, menurut laporan Mingguan Watan itu, golongan berkenaan mahu Nik Abdul Aziz yang dianggap sudah berumur dan mengalami masalah kesihatan, menyediakan pelan peralihan kuasa segera kerana kerap berlaku mesyuarat penting membabitkan keputusan segera kerajaan negeri terpaksa ditangguh kerana beliau berada di hospital.

Sementara itu, Adun PAS Bukit Tuku, Abdul Fatah Haron meminta pihak yang membuat dakwaan itu agar tampil ke hadapan. “Tidak ada sebab kami mahukan tok guru berhenti. Tok Guru memang dikenali sebagai bapa perpaduan. Kami tidak mahu dia berhenti,” katanya.

Adun Tawang, Hassan Mohamood berkata isu gesaan itu tidak pernah dibangkitkan di kalangan Adun PAS kerana mereka akan menyokong Tuan Guru Nik Abdul Aziz sehingga akhir hayatnya. “Kita sokong Tok Guru sampai mati. Semua terus sokong,” katanya sambil menyifatkan gesaan itu datang daripada pihak luar dan bukan di kalangan Adun PAS./wann _

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2008
S M T W T F S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: