B e r t a m @ d u n

Kaum India Pokok Machang terima sumbangan PAS

Posted on: 25 November, 2008

Mohd Sabri Said
Tue | Nov 25, 08 | 1:38:18 pm MYT 
TASEK GELUGOR, 25 Nov (Hrkh) – 25 individu daif di kalangan masyarakat India di Pokok Machang mendapat perhatian PAS Kawasan Tasek Gelugor dalam satu majlis penerangan isu semasa di samping mencari ahli Kelab Penyokong PAS yang baru.   

Bekas kubu kuat Umno itu telah pecah menjelang pilihan raya umum lalu apabila sebilangan besar masyarakat India di situ secara terang-terangan memberi sokongan kepada PAS dengan menubuhkan peti undi dan memakai baju berlambangkan bulan purnama. Perbuatan itu mengambarkan sokongan pada Umno dan Barisan Nasional (BN) jatuh sama ada di peringkat parlimen yang ditandingi, Tan Sri Noh Mohamad Yaacob manakala Shabudin Yahya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Berangan.

Menurut Ketua masyarakat India di situ, Ramis, sokongan terhadap Pakatan Rakyat di situ amat membanggakan lebih-lebih setelah Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Ramai katanya, sudah mula bosan dengan Umno dan BN yang nyata tidak prihatin sebaliknya pandai berjanji melalui bekas Ketua Bahagian Tasek Gelugor yang juga calon parlimen yang tersingkir, Dato’ Shariff Haji Omar yang telah berjaya membina tembok besar sehingga menghalang usaha PAS untuk menjelaskan situasi sebenar isu-isu semasa di situ.

“Sekarang ini Umno dan BN tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan mereka kuat di situ kerana ramai kalangan India telah menaruh harapan pada Pakatan Rakyat setelah jemu dengan parti yang mementingkan kroni,” tegasnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) merangkap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi dalam ucapan ringkasnya menegaskan, dulu di era kepimpinan BN parti itu selalu ‘pilih bulu’ dalam peruntukan terhadap golongan miskin ataupun projek untuk infrastruktur kampung. Tetapi kali ini, Pakatan Rakyat cuba melakukan kelainan untuk mengagihkan kepada rakyat yang benar-benar susah tanpa mengira fahaman politik, katanya.

“Kali ini kita melalui peruntukan MPSP mahupun melalui dana kerajaan tidak mengikut cara BN yang asyik mengutamakan kroni dalam pembahagian peruntukan sehingga mengabaikan golongan miskin atau kawasan yang tidak menyokong pemerintah. Kita lebih telus dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Setiausaha PAS Kawasan, Zamri Darus dalam kenyataannya menyifatkan peruntukan itu diberi setelah menerima runggutan daripada masyarakat India di situ mereka diketepikan apabila mereka mula beralih arah kepada PAS dan KeADILan.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan, Ustaz Soid Mohd Amin, Timbalan Setiausaha PAS Kawasan, Haji Jamil Abdul Rahman, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Fahmi Abdul Wahab dan Jamaludin Abdul Rahim serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lahar Yooi dan Hj Arshad Salleh. – mns_

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2008
S M T W T F S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 53,551 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: