B e r t a m @ d u n

Azizan sumbang gaji RM10,000 sebulan

Posted on: 23 November, 2008

Jimadie Shah Othman | Nov 21, 08 11:29am
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri.

Potongan itu daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu, Mac lalu, namun ia tidak diumumkan secara meluas, kata timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.                                                                                              azizan

Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.

Hassan menambah, potongan itu diumumkan pertama kali dalam program taklimat dasar-dasar kerajaan kerajaan negeri di ibu negeri apabila dibangkitkan PAS kawasan Alor Star, 14 November lalu.Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak didedahkan sebelum ini kerana “(hendak) membuat kebaikan tidak perlu dihebah-hebahkan”.

Ahli-ahli akar umbi PAS negeri baru-baru ini dilaporkan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PAS Kedah.Malaysiakini difahamkan, dalam pertemuan minggu lepas, menteri besar dan kerajaan Kedah mendapat kritikan pedas wakil-wakil PAS kawasan sehingga beliau diminta menyerahkan portfolio agama yang dipegangnya kepada exco lain.

Azizan juga turut dituduh gagal memperkasakan pelaksanaan Islam yang diperjuangkan PAS seperti membiarkan pusat hiburan beroperasi sehingga lewat pagi dan arak dijual bebas di Langkawi.Pegawai kerajaan pula didakwa mendapat layanan istimewa daripada menteri besar berbanding pegawai lantikan politik. Selain itu, Azizan dan barisan exco dikatakan selalu memberikan alasan sibuk sehingga susah ditemui rakyat  tetapi didakwa rajin bermain golf.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan berkata, selain soal kepemimpinan Azizan, kebajikan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) antara perkara utama yang dibangkitkan.Selain itu, tambahnya, PAS Kedah didakwa “bongkak dengan PKR”.Bagaimanapun, kata Hassan, perkara itu dijelaskan oleh menteri besar di hujung program di Kompleks Alor Star.

mbkedah

Wakil-wakil PAS daripada 15 kawasan di seluruh Kedah turut dikatakan berpuas hati dengan penjelasan tersebut.Sehubungan itu, Hassan berkata, kritikan kepada kerajaan negeri merupakan salah faham dan dibuat berdasarkan “cakap-cakap di kaki lima”.

Menurutnya, dalam pentadbiran kerajaan, ada perkara yang telah dibuat tetapi belum diumumkan dan ada yang belum dibuat tetapi telah dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Komen-komen itu, termasuk yang pedas dan negatif, diusulkan secara bertulis oleh wakil-wakil PAS kawasan tanpa menyatakan nama pengemuka soalan-soalan tersebut. Komen-komen di pertemuan tertutup ini bagaimanapun terbocor kepada umum, termasuk Umno dan pihak media.

Hassan kesal kerana dokumen yang dianggap sulit itu telah “dicuri pihak tertentu”.Majlis sumbang saran kali ketiga itu dihadiri wakil-wakil PAS kawasan, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli-ahli parlimen PAS Kedah.

Majlis itu merupakan susulan selepas pertemuan Ogos lalu, sementara perjumpaan pertamanya diadakan sejurus selepas kemenangan parti itu dalam pilihanraya umum, Mac lalu. PAS negeri merancang menjalankan sesi taklimat dasar-dasar kerajaan negeri kepada jentera parti empat kali setahun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2008
S M T W T F S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: