B e r t a m @ d u n

Pelbagai pihak desak MPSP baiki padang hoki

Posted on: 18 November, 2008

Mohd Sabri Said
Mon | Nov 17, 08 | 2:00:52 pm MYT 
KEPALA BATAS, 17 Nov (Hrkh) – Pemain, pengurus, jurulatih dan peminat hoki di Pulau Pinang mendesak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) memperbaiki semula padang hoki di Komplek Sukan MPSP di Kepala Batas yang rosak dan tidak sesuai digunakan lagi untuk sebarang kejohanan.     

Harakahdaily dimaklumkan, ramai pemain dan pengurus kecewa kerana isu ini telah lama dikemukakan tetapi MPSP hanya membisu sedangkan padang untuk rakyat hanya ada satu di Pulau Pinang manakala satu lagi hak kepunyaan Univesiti Sains Malaysia (USM) di Glugor.

Rata-rata berpendapat masalah utama untuk melatih pasukan yang mahu bertanding atau generasi muda disebabkan di kawasan ‘D’ karpet terkoyak, air bertakung manakala di tepi garisan ada renggangan yang tidak sepatutnya berlaku.

Seorang bekas pemain hoki, Noor Azman Darus berkata, jika begini keadaan padang hoki di Pulau Pinang macam mana prestasi hoki boleh ditingkatkan. “Nak berlatih pun sukar macam mana nak wujudkan sebuah pasukan terbaik. Binalah lain bagi elok sikit,” ujarnya. Beliau yang kini bertugas sebagai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Negeri Perlis mahukan MPSP mempertingkatkan kedudukan padang ini selari dengan kehendak piawan yang menetapkan kasut pemain dan kayu hoki yang harganya tinggi.

“Apa guna pemain diarahkan agar menepati piawan yang ditetapkan seperti kasut dan kayu hoki tetapi padang tidak sekata dan terkoyak,” katanya yang juga ayah kepada salah seorang pemain pasukan Sekolah Menengah Mutiara Impian yang mendapat tempat kedua Hoki Piala Presiden PAS anjuran Kelab Bell Belia Tamil, kepala Batas baru-baru ini.

Sementara itu Pengurus Pasukan Nur Insafi, Dr Thaitchana menambah, beliau telah beberapa kali mengemukakan maklumat berkaitan masalah padang hoki pada MPSP termasuk ke akhbar arus perdana namun ia seolah tidak dihiraukan. Padahal kerosakan itu bukan baru malahan sudah empat tahun lalu ia dikritik tetapi MPSP tetap tidak melakukan baik pulih, katanya.

Walhal katanya lagi, di Kepala Batas ramai pemain berbakat yang boleh diketengahkan untuk mewakili negeri mahupun kebangsaan. “Tak tahu nak buat apa lagi. Semuanya dah bagi tau termasuk siaran akhbar namun tiada apa-apa reaksi daripada MPSP,” tegasnya kecewa. – mns_

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2008
S M T W T F S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 52,782 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: