B e r t a m @ d u n

Gadis Katholik Rusia Menulis: Kumpulan Mafia Islam?

Posted on: 18 November, 2008

Dilulus terbit pada Wednesday, November 12 @ 12:00:00 MYT oleh syamil
 Oleh ibnuhasyim”
CATATAN SANTAI:

SUATU hari di sebuah universiti di Moskow, kawanku juga seorang gadis Kristian bermazhab Katholik seperti aku berkata… Puak-puak pelajar Islam tu dah melampau, nak minta tempat sembahyang pula. Bagaimana kalau kita pun nak gereja dan puak-puak agama lain pun minta tempat ibadat mereka?

Kawanku itu mengeluh marah. Memang kami sama-sama anti dan benci kepada orang Islam. Aku tak tahan dengan sikap mereka, aku harap kau… tolong rundingkan dan selesaikan dengan mereka!. Memang dia pemanas darah orangnya, walaupun kami sama-sama Kristian Orthodok.

 Aku terima tugas itu.Aku berunding dengan puak-puak Islam itu, Apa alasan kamu minta bilik sembahyang? Kami orang Islam wajib sembahyang 5 kali sehari semalam.. kami cuma nak sebuah bilik sahaja. Bayangkan berapa banyak masa kami jimat kalau sudah ada bilik sembahyang? Kata mereka.

Ku fikir-fikir secara rasional, betul juga kata mereka. Tetapi mengapa mereka perlu sembahyang hari-hari? Apa rahsianya? Bukankah buang masa sahaja? Ku fikir-fikir lagi, rupanya untuk menjadi orang Islam kena taati 5 rukun. Aku teringat suatu masa aku pernah bertemu dengan seorang pemuda Rusia baru pulang dari Saudi Arabia, dia pilih agama Islam.

Baru aku kenal Islam bila dia menerangkan 5 rukun itu.. Pertama, menurutnya mengucap 2 kalimah syahadah.. Sebuah kesatuan kepercayaan, untuk ahli-ahlinya. Tidak takut kepada seluruh makhluk di dunia kecuali Allah. Dia (Allah) saja yang besar, perkasa dan berkuasa, lain semua kecil dan tak berkuasa, hanya kepada Dia tempat bergantung segala-gala. Risalah itu disampaikan melalui utusanNya, yang di sebut Nabi atau Rasul, iaitu terakhirnya, Muhammad pembawa risalah masa kini.
Di situlah bezanya dengan kami kaum Kristian. Walaupun Muhammad sudah meninggal dunia tetapi bahan rujukannya masih hidup sepanjang masa. Aku kagum dengan kepercayaan ini, bahkan padaku lebih hebat dari kumpulan mafia yang terlalu menekankan kesatuan ketaatan kepada ketuanya. Kalau dalam kumpulan mafia.. sering diadakan upacara mengingati atau angkat sumpah bagi perkuatkan ketaatan itu.

Rupanya dalam kumpulan Islam, praktikal sembahyang itulah upacaranya. Bahkan lebih kerap lagi.. 5 kali sehari. Dan termaktub kalimah sumpahnya dengan kata-kata dalam sembahyang itu, Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah yang menguasai alam semesta. Suatu kalimah yang cukup merbahaya bagi kumpulan saingan yang di luar mereka. Mereka sanggup mati (menurut istilah mereka syahid) kerana kepercayaan mereka!

Begitu.. rukun kedua. Rukun ketiga pula, puasa Ramadzan. Kalau dalam kumpulan mafia, perlu ada latihan ketahanan jasad, tidak makan dan tidak minum, tapi boleh bekerja macam biasa. Sekurang-kurangnya setahun sekali latihan. Bahkan, kadang-kadang bagi orang Islam, berperang pun mereka pilih dalam bulan puasa. Kekuatan roh sudah menguasai kekuatan jasad.

Begitu juga rukun keempat, zakat. Perlunya perkukuhkan ekonomi. Dan rukun kelima, haji. Perlunya ada ikatan global.Aku ingin mengetahui lebih lanjut perkara-perkara begini. Aku ingin tahu rahsia kekuatan mereka. Aku kena dampingi puak-puak Islam yang pohon untuk buat surau itu. Aku kata kepada mereka, “Ya! Aku setuju kamu buat surau…

Maka terbinalah surau untuk mereka. Tetapi, beberapa bulan selepas itu, gadis Katholik kawanku yang memberi kuasa selesaikan masalah surau itu memberitahuku, Lihat, apa sudah jadi? Dah timbul masalah baru! Puak-puak Islam itu tidak benarkan kawan-kawan kita yang bukan Islam berihat di bilik itu! Kan bilik itu untuk ibadat mereka? Bukan untuk kita berihat? .

Rupanya aku sudah jadi pembela kumpulan Islam di universiti ini. Cukup, aku akan sambung tulisan ini… Mengapa Aku Minat Mengkaji Sejarah Islam Rusia? akan datang.

DEMIKIAN e-mail yang dihantarkan kepada saya (Ibnu Hasyim) oleh seorang gadis Katholik Kristian, di sebuah universiti di Rusia. Beliau yang tidak mahu namanya disebutkan, mula mengenali Malaysia selepas Presiden Rusia Vladimir Putin melawat Putrajaya pada 17 Oktober 2003. Saya paparkan tulisan ini, demi untuk melihat pandangan orang bukan Islam di Rusia ke atas masyarakat Islam. Semoga memberi manfaat untuk kita. Sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu ‘aklam. Insya Allah bersambungCatatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail. com)
2008. KL.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2008
S M T W T F S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: