B e r t a m @ d u n

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim

Posted on: 6 November, 2008

MOTOSIKAL yang saya tumpangi berhenti depan sebuah warung, tertulis ‘Mie Acheh Istimewa Titi Bobrok’, di Jalan Setia Budi Medan.

“Istimewanya mie Aceh ini buatan sendiri orang Islam, antara campuran tepungnya termasuk rempah dan segala macam.. membuat rasanya lain dari yang lain.” Kata kawan saya itu, sambil turun dari motosikal terus masuk ke kedai itu.  

Kedai itu agak maju, 3 kali ganda berbanding 10 tahun lalu waktu itu saya juga menjadi antara peminatnya. “Apakah pengunjung-pengunju ngnya hadir kerana simpati kepada perjuangan rakyat Aceh?” Tanya saya. 

Hal ini mengingatkan saya kepada pertemuan pagi tadi dengan seorang bekas tentera Republik Indonesia (RI), yang baru-baru ini mendapat hadiah penghargaan kerana jasa perjuangannya kepada negara sejak sebelum merdeka lagi. (RI merdeka pada 1947). Beliau adalah Abdullah Zaman (atau Abdul Rahman) yang lahir pada 22-3-1928, berumur kira-kira 80 tahun, tetapi masih kuat badan dan ingatannya.  

“Saya adalah anak buah kepada Tengku Daud Barueh, ulama pejuang pembebasan Negara Aceh. Beliau adalah pemimpin PUSA atau Persatuan Ulama Seluruh Aceh. Beliau bersama Karto Suwirio dari Jawa Barat dan Kahar Muzakkir dari Sulawesi sama-sama berjuang untuk menegakkan Darul Islam atau Negara Islam di RI sejak belum merdeka lagi.” Kata Bapak Abdullah. 

“Dan atas nama perjuangan kemerdekaan, beliau sanggup membantu Seokarno dengan menghadiah sebuah kapal terbang milik rakyat Aceh kepada Seokarno, kerana waktu itu Aceh mempunyai dua buah kapal terbang. Sukarno berjanji akan memberi kebebasan kepada Aceh untuk menegakkan Negara Islam sesudah merdeka.” 

“… Bermakna Aceh mempunyai kekuatan yang kuat di saat perjuangan kemerdekaan Indonesia masih tiada kekuatan peralatan.. Bagai mana boleh jadi begitu?” Sampuk saya. 

“Pertama kerana dasar Islam itu sendiri bisa melahirkan mujahid-mujahid tulin… hingga ada yang bergabung di bawah MASYUMI atau Majlis Syura Muslimin Indonesia. Kedua kerana rakyat Aceh terdiri dari ramai pedagang-pedagang. Contohnya wujud Kesatuan Saudagar Muslim di Aceh masa itu yang membantu perjuangan Islam Aceh… Ini yang ramai orang tidak tahu…” Jelas Bapak Abdullah lagi.  

“Terngiang-ngiang di telinga aku pesan Tengku Daud Barueh kepada kami anak-anak buah perjuangannya dulu.. ‘Perjuangan kita hari ini adalah jambatan emas buat anak cucu kita akan datang.’ Aku ingat kata-kata beliau itu sampai sekarang!” 

Tetapi dengan rasa sedih dan pilu Bapak Abdullah berkata lagi, “Tetapi selepas merdeka, Aceh cuma diletakkan di bawah Kecamatan Medan atau Sumatera Utara. Untuk dapatkan hak Negara Islam perlu dapat kelulusan dari Medan. Suekarno lepas tangan. Begitulah… perjuangan Islam yang besar dan luas telah di’kecil’kan oleh nasionalis Suekarno. Maka perjuangan terpaksa diteruskan, walaupun masih dalam kelompok sendiri yang kononnya sudah merdeka. Jambatan Emas harapan rakyat Aceh hanya jadi Titi Bobrok (jambatan reput)..” 

Kawan saya pembawa motosikal yang saya tumpangi ke gerai mei Aceh itu berkata, “Hingga baru beberapa tahun kebelakangan ini selepas malapetaka tsunami, berlaku perjanjian damai antara GAM atau Gerakan Aceh Merdeka dengan RI… maka pertembungan sudah tiada lagi. Kita singgah ke gerai mei ini tidak lagi diangap sebagai para simpati kepada golongan yang ditindas oleh RI. Tetapi ramainya mungkin cuma kerana sedap dan lazatnya sahaja!.” 

Hal ini membuat saya pula merasa sedih dan pilu apabila mengenagkan politik di negara sendiri. Bagaimana pula kalau Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia, apakah PAS atau golongan pejuang-pejuang Islam akan menerima nasib seperti Tengku Daud Barueh tersebut?? 

Demikian catatan santai untuk kali ini…  Akan datang catatan perjalanan ke Aceh pula. Wallahu ‘aklam.

 

Ibnu Hasyim
Medan Indonesia 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2008
S M T W T F S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: