B e r t a m @ d u n

Pusat Pendidikan Islam Fii Dzilal Al-Quran Sabah

Posted on: 4 November, 2008

Dilulus terbit : MYT oleh TokPenghulu
 Oleh sattar

“Cuti Depavali baru ni, kebetulan saya dikunjungi seorang kawan dari Penang, saya mengajaknya kmelawat PPI Dzilal di Kota Belud.

Perjalanan hampir 1 jam, kebetulan hujan tak berenti-renti sepanjang perjalanan dari Tuaran ke PPI. 5KM terakhir agak meresahkan kawan saya ni sebab terpaksa melalui jalan berlpak dan batu besar-besar.

imag0055

                                             Kawan saya bergambar bersama Ustaz Ismail (Guru PPI)

Saya cerita sikit pasal PPI kepadanya semasa dalam perjalanan. PPI tertubuh hasil usaha kawan-kawan lama yang bertugas di Sabah, sejak 1990 lagi. Susah payah mereka mencari dana, tenaga pengajar dan membangunkan PPI kini dah nampak hasil. Lebih 20 pelajar PPI kini dapat menyambung pengajian di Semenanjung dan ada yang hampir tamat.

imag0048
Asya’ari – pelajar PPI

Bulan puasa baru ni, seorang bekas pelajar PPI yang kini di maahad tahfiz Kelantan, kami bawa round masjid sekitar KK, Papar dan Ranau untuk menjadi imam terawih dan mempromosi PPI. Terasa amat bangga sekali orang Sabah bila anak watan mereka dah ada yang boleh diketengahkan dalam soal agama.

imag0046

 

 

 

 

 

                              Pelajar

Derma sumbanga para dermawan terhadap PPI kini dah sikit-sikit terbayar, jangan kiralah pahala yang Allah bagi, dah tentu berlipat ganda.

imag0045
Pelajar baru berusia 13 tahun…

Memang 100% dana PPI adalah hasil sumbangan. Pondok-pondok usang yang dibina di atas tapak wakaf seluas 6 ekar ini telah banyak berjasa kepada anak Sabah. Pelajar datang dari seluruh pelusuk Sabah dan mereka belajar secara percuma termasuk makan minum. Sebab mereka adalah terdiri dari anak-anak miskin yang begitu dahagakan ilmu Islam.

imag0044
Kembar Asya’ari, Shafi’ei

Kita harap suatu hari nanti, akan lahir ulama’ yang akan memimpin Sabah. Dan itulah sebenarnya harapan arwah pewakaf tanah.Pelajar paling cilik – 12 tahun, dah sanggup menuntut ilmu dan berjauhan dengan keluarga.Kini, terdapat 6 pelajar yang baru masuk mengaji di PPI. Mereka baru masuk pada bulan Mei lalu, setelah PPI terpaksa menangguh pengajian, kerana ketiadaan guru. Bukan senang nak cari guru. Tempat yang jauh, habuan tak seberapa, makan apa yang ada, menu yang sama dengan pelajar. Hanya semangat jihad yang menguasai diri untuk guru bertahan di sini.
PPI masih menanti sumbangan anda untuk terus beroperasi. Sumbanglah demi anak bangsa yang dahagakan Islam. Dengan cara terus menghidupkan PPI di Sabah ini, kita akan dapat mengecapi nikmat Islam yang kita anuti ini.

Anda boleh menyumbang kepada PPI Dzilal melalui tabung pendidikan TKO.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2008
A I S R K J S
« Okt   Dis »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 54,163 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: