B e r t a m @ d u n

BUKU ORANG MASJID KONTEMPORARI

Posted on: 30 Oktober, 2008


Assalamu`alaikum …….. Ini lah buku saya yang telah diterbitkan dan diedar pada bulan februari lalu …. 4000 naskhah telah berada di pasaran …

TOPIK 1

Dakwah, Persekitaran Dan Ummah

“` Jadi kita mestilah merasakan diri kita ini, adalah pendakwah atau Islamic Workers yang berada dalam satu wadah Islam yang mempunyai satu matlamat yang murni. Kita mestilah berperanan sebagai Penyelesai Masalah Ummah secara praktikal di tengah-tengah masyarakat yang sentiasa mengharapkan bantuan.“`

TOPIK 2

Pendakwah mesti sedia ditarbiyah

`Walaupun begitu, ramai di kalangan kita yang beranggapan bahawa seorang pendakwah itu adalah mereka yang pandai berbicara, boleh menarik ‘crowd’ , pandai buat lawak dan yang seumpamanya. Perlu difahami juga bahawa pendakwah tidak semestinya menjadi penceramah. Perdakwah tak semestinya pandai bercakap atau petah berpidato di khalayak ramai. Adakah OKU seperti orang bisu tidak boleh berdakwah ?“`

TOPIK 3

Benarkah kita beriltizam dengan Islam

“`Jalan terbaik untuk mengekalkan iltizam kepada Islam, ialah bersahabat dengan orang-orang yang baik-baik, apatah lagi mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah SWT, menyuruh yang makruf, mampu pula mencegah kemungkaran, berdakwah dengan penuh hikmah, berakhlak mulia, tidak wujud sebarang kepentingan dunia, apa yang diharap hanyalah keredaan Allah.“`

Topik 4

Mahkamah Syariah : Antara Teori Dan realiti

“`Usaha penerangan perlu diteruskan dan kesatuan daripada semua pihak perlu dipertingkatkan dalam memertabatkan Mahkamah Syariah dan seterusnya merealisasikan Islam dalam kehidupan.“`

Topik 5

Fikrah dari Hadith – Amanah Keilmuan

“`Segala persoalan serta isu-isu yang timbul yang tidak diketahui dengan jelas eloklah jangan dicuba untuk dihurai. Tidak salah serta tidak menjatuhkan maruah jika ia mengaku tidak tahu atau dengan ungkapan yang amat masyhur di kalangan ulamak salaf dan khalaf: الله أعلم (Allah yang maha mengetahui). Bahkan ungkapan itu adalah ilmu yang cukup bernilai dan harga diri yang amat tinggi.“`

Topik 6

…Alahai… Article 121(1A)…

“`Renungilah bersama Wahai Umat Islam, sekiranya dipinda, seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi Islam, sebarang kes pertukaran agama dikendalikan oleh mahkamah Sivil. Orang Islam bebas untuk murtad.“`

Topik 7

Kefahaman terhadap berdakwah secara jamaie

“`Dimanakah sumber kekuatan dakwah? Sebenarnya, kekuatan dakwah bermula dari kekuatan IMAN, kemudian diikuti oleh kekuatan Ukhuwah Islamiyah, kemudian barulah diikuti dengan kekuatan material dan organisasi.“`

Topik 8

Dakwah dan Tarbiyah- wasilah utama Menjana Ummah Gemilang

“`Rasulullah saw memulakan jihadnya melalui dakwah dan tarbiyah, ummah bukan terbentuk secara tiba-tiba atau kebetulan tanpa apa-apa persediaan dan pembentukan bahkan Rasulullah saw menghadapi berbagai kesukaran dan halangan dan terus berjihad sehingga terbentuk satu ummah yang terpuji sebagai Khaira Ummah yang diabadikan di dalam Al-Quran.“`

Topik 9

Ambil iktibar dari peristiwa ` Muktah`

“`Sebab itulah orang-orang yang beriman sentiasa hidup dalam kemuliaan dan hidup atas semboyan ,،، عش كريما او مت شهيدا ،، yang bermaksud “ Hiduplah secara terhormat, atau mati sebagai pahlawan (syahid) “ . Renungilah bersama.“`

Topik 10

HPA maju bersama program dakwah dan tarbiyah?

“`Juga perlu disedari, duit kita di dalam bank masih belum menjadi rezeki kita kecuali kita telah menggunakannya. Nasi di hadapan kita masih belum menjadi rezeki kita kecuali kita telah memasukkan ke dalam mulut kita. Cek yang kita terima setiap bulan masih belum menjadi rezeki kita kecualilah kita telah memanfaatkannya.“`

“` Rezeki juga bukan hanya berkisar dari hal `boleh makan dan boleh minum ` sahaja . Dapat makan, dapat minum, selesai, itu rezeki kita, bukan setakat itu. Rezeki bukan hanya pendapatan bulanan semata-mata. Rezeki bukan hanya berbentuk `maddiah` atau kebendaan semata-mata. Rezeki juga berbentuk perasaan dan anugerah Ilahi seperti gembira, senang hati, anak yang soleh, isteri yang solehah, suasana persekitaran yang baik, tubuh badan yang sihat dan sebagainya.“`

Topik 11

Rasuah keliling `pinggang`

“` Aku dapat nanti, projek tu, aku buat la kenduri kat masjid, teghok nak dapat gheja la ni.. duit lebih tu aku sedekah .. aku derma kat anak yatim`… Tuuu diaaa .. duit rasuah meresapi dalam program kebajikan… Tak mustahil, duit rasuah juga digunakan untuk menunaikan Haji dan Umrah… Berkat kot no!!!“`

 

“`La ni tak kan kita nak tengok saja kot.. Tak kan kita nak tumpang semangkok kot . Tak kan kita nak libat kot . Tak kan nak join sekaki kot. Mana peranan kita sebagai pendakwah ? Mana peranan kita sebagai hamba Allah? Mana peranan kita sebagai penyebar risalah Islam ? Mana ilmu yang kita mengaji masa sekolah dulu? Mana identiti kita sebagai orang mukmin?“` Malulah kita kat Allah, Pencipta kita.“`

Topik 12

`Anak Halal` vs `Anak Haram`

“`Anak itu tidak salah. Anak bukannya `tepung naik sendiri`. Yang salahnya ibu bapanya atau ibunya sahaja atau bapanya sahaja atau lebih daripada itu. Suasana persekitaran dan masyarakat yang tidak soleh adalah penyebab bersepahnya anak luar nikah?. Betul ke?.. Orang itu salah… Orang ini salah… Siapa salah sebenarnya?.“`

“`Tak kan kita hanya mengeloh sahaja. `Nak buat macam mana, dah teghok dah`. Tak kan kita nak dok saja sampai kena kat `batang hidung` kita baru nak bertindak. Takut orang kata `jaga tepi kain orang` atau `busy body`? `Jaga tepi kain orang` sebenarnya ok, tak salah dalam Islam. `Jaga dalam kain orang` yang salahnya. `Busy body` ada mengikut Islam. `Busy` pasal `body` orang, yang salahnya. Mana dia jati diri anak bangsa kita? Mana dia syakhsiah solehah yang patut ditonjolkan? Mana dia program modal insan yang diwar-warkan?“`


 

Di sini saya mengambil beberapa petikan dari tulisan saya yang terdapat dalam buku ini… Mungkin ada manfaat untuk saya dan anda semua…

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2008
S M T W T F S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: