B e r t a m @ d u n

Exco puji PAS Kepala Batas anjur gotong royong perpaduan

Posted on: 17 Oktober, 2008

 
Mohd Sabri Said
Mon | Oct 13, 08 | 12:33:43 pm MYT 
KEPALA BATAS, 13 Okt (Hrkh) – Exco Kerjaraya, Utiliti (Tenaga air dan telekom) dan Pengangkutan (Udara, laut dan keretapi) Negeri, Lim Hock Seng berharap Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP) melantik segera kontraktor mengutip sisa pepejal seluruh Pulau Pinang kerana Kerajaan Persekutuan masih menangguh pelantikan ekoran keadaan politik yang tidak menentu.    

Masalah sampah sarap dan bahan pepejal bukan boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia mendatangkan masalah pencemaran bau yang kurang menyenangkan maka satu tindakan harus dilakukan segera tanpa menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan membekalkan kontraktor baru.

“MPSP dan MPPP wajar mengambil langkah drastik dalam hal ini kerana masalah sampah bukan main-main sebaliknya memburukkan senario negeri yang sudah terkenal dengan ‘Darul Sampah’ semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu, ” tegasnya ketika berucap ringkas dalam program gotong royong anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kepala Batas, Unit Amal Kawasan bersama Belia Tamil Kampung Kovil petang semalam.

Menurutnya, gotong royong melibatkan berbagai bangsa dalam sesuatu penempatan dapat menjalinkan usahasama dalam usaha membantu menjana interiti kaum yang lebih erat.

Apatah lagi ia digerakan oleh organisasi politik yang secara langsung memberikan gambaran kepada masyarakat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat amat mementingkan kebersihan sejajar dengan tuntutan semua agama.

“Saya puji apa yang dilakukan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kepala Batas, Unit Amal Kawasan serta Belia Kampung Kovil. Sepatutnya usaha itu bukan bermusim sebaliknya lahir dari tanggungjawab sebagai seorang rakyat, ” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan, Nasir Abu Bakar dalam kenyataannya menyifatkan, program gotong-royong antara kaum tidak akan terhenti di sini sahaja malahan sedang mengatur agenda ke kawasan lain terutamanya terdapat masyarakat berbilang kaum.

Justeru itu, beliau meminta semua cawangan menggerakkan aktiviti itu selain program berbentuk penerangan kerana senario hari ini memerlukan sokongan kaum lain sekiranya mahukan PAS terus dihormati dan disegani.

“Marilah kita bersama menggerakkan aktiviti gotong royong yang selama ini seakan pupus dalam masyarakat kita sendiri. Biar kali ini semangat gotong royong disemaikan bersama masyarakat lain agar mereka merasai kemanisan langkah baik tersebut, ” terangnya.

Hadir sama menjayakan gotong royong itu ialah Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Ustaz Ghazali Wahid, Timbalan YDP Kepala Batas, Haji Ismail Aziz, Penyelaras Unit Amal Kawasan, Abdullah Saad, Setiausaha Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bertam, Jasni Ahmad Wahi, Setiausaha PAS Cawangan Bertam Indah, Rashidi Husein dan Pengerusi Belia Tamil Kampung Kovil, Visvanathan. – mks. _

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2008
S M T W T F S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 53,551 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: