B e r t a m @ d u n

Siapa Al-Masihuddajjal @ DAJJAL…..

Posted on: 16 Oktober, 2008

 
Bahan Umum Oleh mohdnoorawang

“Dajjal penyibar pemikiran dan budaya kufur dan pencetus huru-hara di dunia. Dajjal atau Al-Masihuddajjal atau al-masih. Tidak ada sebelah mata dan tidak ada alis mata. Dajjal beasal dariperkataan “Dajlun” yang bermaksud “penutup”. Iaitu penutup kebenaran dan kebatilan.

Al-Masihuddajjal adalah dajjal yang terakhir turun di dunia. Sebenar spesis dajjal telah berada di muka bumi. (Sabda Rasulullah s.a.w.: “sesungguhnya menjelang terjadi kiamat terdpat 30 DAJJAL PENDUSTA”. hadis soheh dari riwayat Ahmad dari Ibn Umar.

Dajjal atau Al-Masihuddajjal dari keturunan kaum YAHUDI. perangainya cukup burukdan bentuk seperti SYAITAN. Dajjal dikelilingi oleh syaitan-syaitan dan diikuti oleh 70 ribu oarng Yahudi.

Ayah dan emak Dajjal seperti sabda Rasulullah s.a.w…..Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu bakar;: “Orang tua dajjal tidak pernag mendapat kan anak selama 30 tahun. Kemudian lahirlah dari kedua-duanya seorang anak lelaki bermata satu, berperangai buruk dan sangat sedikit manfaatnya.ketika matanya tertidur, hatinya tidaklah ikut tertidur. bapanya adalah seorang lelaki yang bertubuh tinggi, berhidung panjang seakan-akan paruh burung dab berkulit kasar. Ibunya adalah wanita yang berbadan besar, bertangan panjang dan payudaranya besar.”.

Bentuk tubuh Dajjal @ Al-Masihuddajjal :- Rasulullah s.a.w. bersabda…. ..

“ternyata ia adalah seorang lelaki yang berbadan besar, merah, berambut kerinting dan bermata sebelah”. Diriwayatkan Bukhari dari Ibn Umar.

“Sesunggunya Al-Masihuddajjal adalah seoarang lelaki yang pendek, hujung telapak kakinya berdekatan (rapat-rapat) , sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang (sebelah lagi) terhapus (tidak ada lansung).” Diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

“Sesunggunya kepala Dajjal itu dari belakang terlihat tebal dan berkelok-kelok” . ‘ Diriwayatkan oleh Ahmad dari Hisyam bin Amir. 

“Sesungguhnya Dajjal itu terhapus matanya yang sebelah kiri”. Diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas dan Abu huzaifah.

“Pada matanya sebelah kanan seakan-akan ia adalah satu biji anggur yang terapung (tersembul keluar)’.” Diriwayatkan oleh Bukhari dari Ibn Umar.

” Bukankah sesungguhnya ia itu bermata satu atau sebelah, dan tertulis di antara kedua mata dajjal itu kata kafir, yang dapat dibaca oleh setiap MUKMIN”. (Muttafuqun ‘Alaih, dari Anas. sekian…     “

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2008
S M T W T F S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: