B e r t a m @ d u n

Khairy sifatkan BN gagal tunai janji

Posted on: 10 Oktober, 2008

 
Abdul Aziz Mustafa
Fri | Oct 10, 08 | 9:40:57 am MYT 
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Hrkh) – Sambil berusaha untuk menafikan bahawa bapa mertuanya yang menjadi punca, menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin menyifatkan prestasi terburuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac lalu berpunca dari kegagalan kerajaan pimpinan bapa mertuanya memenuhi janji pada pilihan raya umum 2004 lalu.    

“Sebab kita kalah dalam pilihan raya (umum) lepas bukan kerana kepimpinan tetapi kerana kita tidak memenuhi janji pada (pilihan raya umum) 2004.”Ia bukan hanya kepimpinan. Ia sebenarnya komitmen kita untuk berubah,” mStar memetik menantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu.

Beliau juga mengakui perubahan dalam kepimpinan akan membawa momentum baru kepada Umno.Bagaikan mengakui Umno akan berpecah belah jika bapa mertuanya tidak berundur, Khairy menyifatkan pengunduran Abdullah menunjukkan beliau meletakkan kepentingan parti melebihi dirinya dan ia perlu dilihat sebagai pengorbanan untuk penyatuan parti. Bagaimanapun, pertukaran kepimpinan sahaja tidak boleh menyelesaikan masalah sebaliknya pembaharuan yang dibawa Abdullah perlu diteruskan, kata suami Nori Abdullah itu.

Khairy juga berharap pengunduran Perdana Menteri, yang juga bapa mertuanya daripada jawatan Presiden parti Mac ini tidak akan memberi kesan kepada peluangnya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.

“Kita tengok dulu (kesan). Saya harap tidak ada sebab saya bertanding atas kekuatan diri, bukan atas kekuatan Perdana Menteri,” katanya ketika di majlis perasmian Institut Pengajian Kemajuan Islam yang dirasmikan Perdana Menteri, di Petaling Jaya semalam. Ditanya sama ada beliau sedih dengan pengunduran Abdullah, Khairy berkata, setiap perubahan kepimpinan akan membawa kesedihan lebih-lebih lagi kepada ahli parti yang terlibat.

Ketika ditanya mengenai dakwaan terhadap dirinya yang membawa antara sebab pengunduran Abdullah, Khairy berkata, kepimpinan parti telah menjadi mangsa kejahatan dan tentunya akan mengheret beberapa individu untuk terlibat. “Ia adalah satu persepsi negatif yang sengaja dilakukan oleh orang-orang tertentu,” katanya._

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2008
A I S R K J S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 54,163 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: