Bengkel Pengislaman Ilmu (II)
Posted 10 Oktober, 2008
on:Dilulus terbit pada Thursday, October 09 @ 09:43:59 MYT oleh TokPenghulu
Memandangkan kepada sambutan yang agak baik terhadap Bengkel Pengislaman Ilmu yang diadakan baru-baru ini di ATMA, UKM baru-baru ini, pihak Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) sekali lagi akan menganjurkan bengkel yang sama sebagai kelangsungan sirinya. Bengkel yang dibuka kepada para mahasiswa, tutor, pensyarah serta mereka yang berminat. Penyertaan adalah
PERCUMA. Butiran Bengkel Pengislaman Ilmu (II) ini adalah seperti berikut:
Masa: 8:45pg-5:00ptg
Tarikh: 18 Oktober 2008
Tempat: Bilek Mesyuarat, Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, UPM
Anjuran: Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
Sasaran: Mahasiswa, Tutor, Pensyarah Muda, dan mereka-mereka yang berminat
Had Penyertaan: 30 Peserta
Untuk mereka yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan menerusi borang di sini.
Sebagai tambahan, walaupun Bengkel Pengislaman Ilmu (II) adalah salinan tema kepada penerusan yang sebelumnya, tetapi kertas kerja yang dibentangkan adalah berbeza. Dan dalam waktu terdekat, pihak ASASI akan menerbitkan aturcara bengkel serta peta ke lokasi bengkel untuk kemudahan para peserta. Harap para peserta yang telah mendaftar sentiasa dapat buat semakan di sini. Manakala kertas kerja pembentangan akan diedarkan seminggu lebih awal untuk rujukan awal para peserta.
Sebarang pertanyaan mengenai Bengkel Pengislaman Ilmu (II) dan tentang ASASI bolehlah dirujuk kepada: asasi@kesturi. net.
”
2 Respons to "Bengkel Pengislaman Ilmu (II)"

Link exchange is nothing else except it is only placing
the other person’s webpage link oon your page at proper place and other person will also do similr for you.

26 September, 2014 pada 5:33 am
Hello! I know this is kinda off topic but I was wondering which blog platform are you using for this website?
I’m getting sidk and tired of WordPress because I’ve had issues with hackers and I’m looking
at alternatives for another platform. I would be fantastic if
you could point me in the direction of a good platform.