B e r t a m @ d u n

Murugiah jawab Syed Hamid: ‘Ini urusan saya’

Posted on: 8 Oktober, 2008

KLANG: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah mempertahankan tindakannya berhubung isu makanan bagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kelmarin yang meminta beliau supaya tidak campur tangan dalam urusan kementeriannya, Murugiah berkata, beliau terkejut mendengar komen sedemikian daripada seorang menteri yang senior.

Kata Murugiah, beliau hanya melakukan tugasnya iaitu menerima aduan dan menyelesaikan masalah.“Kenyataannya (Syed Hamid) yang meminta saya tidak campur tangan dalam urusan orang ramai adalah seperti meminta saya dan 270 kakitangan di Biro Pengaduan Awam supaya tutup kedai.

“Biro menerima kira-kira 180 aduan tentang setiap kementerian daripada Januari hingga Ogos dan bagaimana saya boleh lakukan tugas saya jika saya tidak boleh ‘campur tangan’ dalam kementerian lain,” soal beliau di sini semalam.“Biro Pengaduan Awam berada di atas semua kementerian lain apabila tiba hal mengendalikan aduan,” katanya selepas melawat SJK (T) Batu Ampat di Jalan Kota Raja di sini.

Syed Hamid semalam berkata, Murugiah tidak sepatutnya mencampuri urusan kementerian lain.Katanya, tindakan Murugiah bercakap bagi pihak Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung aduan yang beliau tidak dihidangkan makanan yang sesuai ketika ditahan di bawah ISA adalah seperti menjadi “jurucakap kepada pembangkang. ”

Murugiah berkata, Syed Hamid sepatutnya bercakap terus berhubung hal itu kepadanya dan bukan memberi komen kepada terbuka.“Saya cuba melakukan sesuatu yang baik untuk orang ramai, melayan setiap orang dengan adil tanpa mengira sama ada aduan itu daripada kerajaan, pembangkang atau orang awam.

“Sebagai menteri yang baru, saya akan selalu menerima dengan hati terbuka jika beliau (Syed Hamid) mahu membimbing saya atau menunjukkan saya cara terbaik dalam menjalankan tugas saya,” katanya.

Ini adalah kali kedua Syed Hamid meminta rakan-rakan sekerjanya dalam Barisan Nasional (BN) supaya tidak campur tangan dalam urusan kementeriannya.Awal bulan lalu, beliau mengkritik pemimpin-pemimpin BN yang mempertikaikan keputusannya menahan tiga orang awam di bawah ISA termasuk Teresa.

Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2008
S M T W T F S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: