B e r t a m @ d u n

Muhyiddin tanding hanya selepas pendirian PM

Posted on: 4 Oktober, 2008

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi bahawa beliau hanya akan mengumumkan jawatan yang bakal ditandingi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan pendiriannya sebelum 9 Oktober ini.

Ketika ditemui wartawan pada majlis rumah terbuka di Muar semalam, Muhyiddin berkata, beliau tidak mahu membuat pengumuman yang “melangkau pucuk pimpinan parti” dalam memutuskan jawatan yang bakal ditandinginya.”Saya tidak mahu melangkau lebih awal sebelum Perdana Menteri membuat keputusan,” katanya.Semalam.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan mengambil perubahan senario politik semasa dan kehendak akar umbi parti.Jelas Muhyiddin, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sendiri tidak mengatakan apa-apa mengenai pendirian beliau mengenai jawatan yang bakal ditandingi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, adalah tidak tertib membuat keputusan sebelum Presiden parti membuat keputusan.”Walaupun ramai ahli yang membuat kenyataan, mereka mahu mencadangkan saya bertanding.. . kita tunggulah sehari dua ini bagi mendapatkan pandangan yang lebih jelas,” ujar beliau.

Pada Jumaat lalu, Abdullah berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada akan mempertahankan jawatan atau sebaliknya sebelum 9 Oktober ini.

Persidangan perwakilan bahagian bermula 9 Oktober ini.Setakat semalam tiga bahagian telah menyatakan akan mencalonkan Muhyiddin bertanding jawatan Timbalan Presiden iaitu Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persektuuan dan Kampar, Perak.

Bahagian-bahagian itu mencalonkan Najib bagi jawatan Presiden.Kelmarin ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet di ibu negara, Muhyiddin memberitahu, beliau akan mengumumkan keputusannya sebaik sahaja Abdullah mengumumkan pendirian beliau ekoran perubahan pada pelan peralihan kuasa.

Advertisements
Label: ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2008
A I S R K J S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 54,002 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: