B e r t a m @ d u n

Peniaga jual kuih dengan harga 10 sen selama 26 tahun

Posted on: 18 September, 2008

BALING: Tidak ramai peniaga yang sanggup menjual kuih dengan harga 10 sen sebiji tetapi itulah yang dilakukan seorang suri rumah Halipah Dahaman apabila tidak pernah menaikkan harga kuihnya sejak 26 tahun lalu.
Halipah, 52, menyifatkan kenaikan harga barang bukan menjadi halangan untuk beliau mengekalkan harga kuih 10 sen sebiji kerana beliau masih mendapat keuntungan apabila kuantiti yang dijual itu adalah banyak.
Beliau membuat lebih sepuluh jenis kuih termasuk tepung talam, pulut seri muka, kuih lompang, cucur udang, kuih karya dan buah melaka, yang kesemuanya dijual dengan harga 10 sen satu.

Halipah berkata terdapat peniaga di Pasar Ramadan yang tidak begitu senang dengannya kerana beliau dapat menghabiskan kuih yang dijualnya di pasar itu dalam tempoh sejam selepas membuka gerai.
“Memanglah ramai peniaga yang tidak begitu senang dengan cara saya berniaga kerana menjual kuih pada harga yang begitu murah tetapi bagi saya ia adalah cara saya mendapat pelanggan,” katanya kepada Bernama ketika di temui di sini hari ini.
Mengenai rahsia membolehkan beliau menjual kuih dengan harga yang murah, Halipah berkata setiap sekilo tepung gandum sebenarnya boleh menghasilkan hampir 200 biji kuih.
Beliau berkata pelanggannya berpuashati dengan kuih yang dibuatnya bukan saja kerana ia murah, tetapi sedap kerana dibuat menggunakan bahan yang cukup dan mengadun setiap bahan kuih seperti untuk dihidang kepada keluarga sendiri.
“Saya tidak membuat kuih secara ala kadar kerana semua pelanggan mengenalinya sejak begitu lama,” katanya.Beliau berkata peniaga kuih tidak sepatutnya menjadikan alasan kenaikan harga bahan seperti tepung beras, tepung gandum dan tepung pulut untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana selama hampir 26 tahun menjual kuih dengan harga 10 sen sebiji, Halipah berkata beliau tidak pernah rugi malah mendapat untung yang lumayan. – Bernama

Semoga makcik ni, dilimpahkan rezeki berlipat ganda. Tapi aku tak kata peniaga lain tidak beretika.
mungkin makcik ni ade skill utk ‘cover cost’ atau dengan kata lain ‘cost effectiveness’

TAHNIAH MAKCIK HALIPAH!!Dari Hati ke PC

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: