B e r t a m @ d u n

Muhyiddin ingatkan Abdullah

Posted on: 18 September, 2008

17 Sep 2008 1:24PM
KL: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu berjumpa dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pertemuan untuk membincangkan peralihan kuasa seperti yang didakwa Anwar adalah satu taktik beliau (Anwar) untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya beliau adalah bakal pengganti Perdana Menteri”Tak perlu… saya fikir ini bukan hak saya, tetapi pada pandangan saya apa perlunya (pertemuan)? Jangan terperangkap dengan perbuatan dia (Anwar) kerana dia ada muslihat,” katanya kepada pemberita selepas jamuan berbuka puasa bersama media anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di sebuah hotel di sini hari Selasa.

Muhyiddin berkta beliau yakin Perdana Menteri tidak akan terperangkap dengan taktik Anwar itu kerana beliau (Abdullah) lebih arif berhubung perkara-perkara sedemikian.Ketika berucap pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya dekat di sini, Anwar mendakwa bahawa satu pertemuan akan diadakan dengan Abdullah untuk berbincang mengenai peralihan kuasa.

Beliau yang turut mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru, bagaimanapun enggan memberikan butiran senarai anggota parlimen berkenaan sehingga ke hari ini.Mengulas dakwaan Anwar kononnya Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil alih kerajaan dalam masa terdekat, Muhyiddin berkata ia adalah palsu memandangkan Anggota Parlimen Barisan Nasional bukanlah produk yang boleh diperdagangkan.

“Kami percaya Anggota Parlimen BN berikrar sepanjang masa… mereka berpegang teguh kepada ikrar yang dibuat. Jadi isu mengambil alih kerajaan di mana anda tidak miliki majoriti adalah kata-kata palsu semata-mata, ia tidak betul, dan pada masa yang sama tidak mematuhi perlembagaan.

“Dia (Anwar) perlu menunjukkan (senarai Anggota Parlimen) yang menyertai pembangkang, sehingga ini dia tidak dapat menunjukkannya. Jadi bagaimana anda boleh percaya kepada orang jenis ini yang memainkan sentimen rakyat dan memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia,” katanya. / Bernama

Label: , ,

1 Response to "Muhyiddin ingatkan Abdullah"

Anyone who joins Twitter can do what is necessary to gain followers, but it is quite another to successfully do business with them and keep their loyalty.
As mentioned Twitter is one of the top social networking sites which presents
enormous marketing potential due to the size of its user base.

Telling people or ‘broadcasting’ a message will not help you to market
any product. In this way, innovative new ideas and strategies are born that are guaranteed to fall in line with the
desires of the consumer.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: