B e r t a m @ d u n

Pandangan Peribadi Orang Cina Terhadap Azan

Posted on: 15 September, 2008


Dilulus terbit pada Saturday, September 13 @ 12:01:51 MYT oleh SongkokPutih
Pendapat

Oleh nanang

“Dalam masa seminggu ini kita di hidangkan dengan kisah orang cina membantah laungan azan menggunakan pembesar suara di masjid. Isu ini telahpun dijelaskan oleh pihak-pihak yang berkenaan termasuk YB Teressa dan YB Dr Mariah. Laporan polis juga telah dibuat oleh beberapa pihak terhadap dakwaan Khir Toyo.

Apa yang menarik perhatian saya ialah laporan akhbar Sinar Harian Edisi Selangor&K.Lumpur pada 12/9/08 halaman S6. Berita itu melaporkan pandangan beberapa individu non-muslim berkenaan laungan azan menggunakan pembesar suara samada di masjid atau surau.(Sila rujuk akhbar berkenaan)

Laporan berita tersebut membuatkan saya terfikir bahawa dakwaan khir toyo itu tidak berasas sama sekali. Akhirnya, saya membuat beberapa andaian berikut untuk difikirkan bersama.

1. Sebaik sahaja keputusan PRU 12 diketahui umum, umno telah memulakan beberapa cubaan menggugat keamanan dengan menganjurkan demonstrasi bersifat perkauman di P.Pinang, Perak dan Selangor. Alhamdulillah, rakyat Malaysia hari ini tidak sama dengan rakyat Malaysia tahun 69.

2. Selepas kegagalan Ahmad Ismail, Khir Toyo pula mencuba nasib untuk menjadi ‘hero’ Melayu dengan mencetuskan provokasi perkauman. Khir tanpa segan silu mengambil kesempatan untuk mempergunakan sensitiviti orang Melayu terhadap Islam dengan membuat kenyataan yang berbahaya itu. Alhamdulillah, orang melayu tidak melompat dan melatah sambil mencarut-carut seperti mana lazimnya.

3. Dalam usaha terdesak umno memburuk-burukkan pentadbiran Pakatan Rakyat, mereka mungkin melakukan apa saja termasuk menghuru-harakan negara yang aman ini.

4. Selagi tembok pemisah antara kaum di Malaysia tidak diruntuh dan dimusnahkan, selagi itulah prejudis kaum akan sentiasa dimainkan oleh golongan berfikiran singkat yang mempunyai kepentingan peribadi seperti mereka yang saya sebut di atas.

Kisah benar sebagai panduan:

1. Pengalaman seorang sahabat yang pernah bermastautin di Sarawak selama 14 tahun menyerlahkan lagi keburukan parti terbesar orang melayu ini. Masyarakat cina di sana amat terbuka dari segi pergaulan dengan anggota masyarakat lain walaupun terdapat banyak suku kaum yang berlainan agama dan budaya. Malahan pergaduhan kaum seperti peristiwa 13 Mei tidak pernah berlaku di sana. Kesimpulan mudah yang saya boleh nyatakan tentang situasi ini, ialah kerana di Sarawak tiada umno dan mca (sekurang-kurangnya pada masa itu)

2. Seorang sahabat saya yang lain (berbangsa Melayu) menceritakan pengalamannya sendiri yang hampir dirompak oleh sekumpulan penyangak Melayu tetapi telah diselamatkan oleh seorang lelaki berbangsa India yang tidak dikenali olehnya telah menyebabkan beliau membuang terus prejudis kaum dari fikirannya.

Marilah seluruh rakyat Malaysia, terimalah hakikat bahawa kita telah ditakdirkan oleh Allah SWT, Tuhan sekalian alam, untuk berkongsi kemakmuran dan kekayaan di bumi bernama Malaysia ini. Sesungguhnya Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai kaum untuk kita berkenal-kenal dan berbaik-baik antara satu sama lain. Contohilah pemerintahan Rasulullah di Madinah. Janganlah sekali-kali diikuti perangai Abdullah Bin Salul yang sembahyangnya berimamkan Nabi Muhammad SAW, tetapi pada masa yang sama merupakan seorang munafik yang sentiasa cuba mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan Nabi demi kepentingan peribadi.

 

Advertisements
Label: , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2008
A I S R K J S
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 54,163 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: