B e r t a m @ d u n

Nujum Pak Belalang : The Return ..

Posted on: 15 September, 2008

Mari kita tukar teka-teki dalam filem Nujum Pak Belalang sesuai dengan keadaan
semasa kita…. Hahahahaha…!!!!

Soalan 1

Tukang Soal :
‘Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,
bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??’

Ahli Nujum Negara :
‘Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu
diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak
ke atas itulah PKR..’

 
Tukang Soal : ‘Sebabnya…!!??’

Ahli Nujum Negara :
‘Sebabnya… Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya…’
Soalan 2
 
Tukang Soal : ‘Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
manakah PKR..??’


Ahli Nujum Negara :
‘Ini  senang saja, kita letakkan kedua anak itik
ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai
terberak itulah UMNO..’

 
Tukang Soal : ‘Sebabnya…!!??’

Ahli Nujum Negara :
‘Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!’
Soalan 3

Tukang Soal :
‘Ada sebuah masealah,
Satu… baaaanyak-banyak!!… Dua… sedikit-sediiiiikit….!!!
Tiga… jarang-jarang!!!… Empat… kad-dang, kad-dang,

Apa itu..???’

Ahli Nujum Negara :
‘UMNO!!!’
 
Tukang Soal : ‘Buktikan..!!’

Ahli Nujum Negara :
‘Satu… Baaanyak-banyak… Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini…
Dua… Sedikit-sediiikit… Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari
bilangan ahli UMNO yang banyak itu…

Tiga… Jarang-jarang… Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan…
Empat… Kad-dang, kad-dang… Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan
lihat ada pemimpin tertinggi UMNO  yang mahu mendengar suara ahlinya…’

 
Soalan 4

Tukang Soal :
‘Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???’

Ahli Nujum Negara :
‘Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada
kerisnya ataupun pada jenteranya…’

 
Tukang Soal : ‘Dimana terletak kekuatannya..???’

Ahli Nujum Negara :
‘Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!’
 
Tukang Soal : ‘Buktikan!!’

Ahli Nujum Negara :

‘Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya… Iaitu  toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol
dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO
nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah…’

‘Biasalah… UMNO akan memungkiri  janji dan suka lari dari tajuk apabila
kalah dalam apa-apa pertandingan.. Tapi bak kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim,
Jangan takut.. LAWAN… KITA LAWAN…!!!’
 
 
Soalan Extra

Tukang Soal :
‘Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana…!!! Apakah yang ada
di genggaman beta…????’

Ahli Nujum Negara :
‘……….. DUIT !!!..’
‘Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO…’

Sekian… Semoga Terhibur… Wassalam…

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: