B e r t a m @ d u n

Najib Razak mula ‘memberontak’

Posted on: 15 September, 2008

Dilulus terbit pada Sunday, September 14 @ 02:05:35 MYT oleh greenboc

a
Perdana Menteri Dato’ Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi sewajarnya lebih terperanjat dan sekali gus tersentak mendengar kenyataan timbalannya, Dato’ Seri Haji Mohd.Najib Tun Razak berbanding kenyataan oleh Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin.

Abdullah Ahmad Badawi menyatakan keterperanjatannya apabila Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan hatinya terhadap pelan peralihan kuasa antara Abdullah dengan Najib atas alasan faktor masa menunggu yang terlalu panjang dan lama. Dengan nada kesal berbaur marah, Abdullah menekankan hujahnya bahawa pelan peralihan kuasa yang akan berlaku pada Jun 2010 sudah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi UMNO serta kabinet, termasuk Muhyiddin sendiri. Dengan kata lain, tidak perlulah sesiapapun dalam UMNO, apatah lagi seorang Naib Presiden, mempertikaikannya; tunggu sajalah, tarikh keramat itu pasti tiba.

Namun, Abdullah tidak pula menyatakan atau melahirkan keterkejutannya apabila Najib sendiri yang selama ini kelihatan cukup bersabar dan tenang, memperlihatkan gambaran yang jelas bahawa keputusan pelan peralihan kuasa itu belum muktamad. Hal ini terbukti apabila Najib menyatakan bahawa ahli parti UMNO pada peringkat bahagian yang berhak membuat keputusan melalui mesyuarat bahagian masing-masing dan seterusnya dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO Disember nanti.

Bukankah, kalau menurut Abdullah, pelan peralihan kuasa itu sudah muktamad? Mengapa Najib sendiri yang membangkitkannya pula? Tidakkah itu secara tuntas memperliahtkan penentangannya terhadap Abdullah?

Sudah terang lagi bersuluh. Abdullah Ahmad Badawi jangan berpura-pura buat tak faham. Najib sudah tidak sabar serta tidak tahan lagi menunggu saat Abdullah berundur. Jun 2010 terlalu jauh lagi. Dalam keadaan senario politik Malaysia yang amat bercelaru ini, macam-macam boleh terjadi. Yang paling menakutkan Najib ialah terlepasnya kuasa pemerintahan negara Malaysia ini kepada musuh besar yang digeruninya, Dato’ Seri Haji Anwar Ibrahim. Nanti, Najib pasti kempunan besar; Najib akan berputih mata kecundangan!

Abdullah sepatutnya sedar diri bahawa rakyat Malaysia tidak memerlukan beliau lagi. Oleh sebab itu, saya dengan ikhlasnya menasihati beliau supaya turun takhta sekarang juga. Saya khuatir, Abdullah akan mendapat malu yang tak terbilang Disember nanti.

Kasihan Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

 

 
 
Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: