B e r t a m @ d u n

Ramlang saksi sumpah Saiful bukan lagi imam Masjid Wilayah

Posted on: 14 September, 2008

11-09-2008 06:56:25 PM
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN dan LEE YAN XIU

PETALING JAYA: Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan bulan lalu telah ditukarkan ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuat kuasa kelmarin.

Menurut peguam Ramlang, Ahmad Nizam Hamid, surat pertukaran tersebut diterima oleh anak guamnya kelmarin .”Anak guam saya menerima surat tersebut 9 September,” katanya kepada mStar Online hari ini.

 

 

Jelasnya, Ramlang sudah tidak lagi bergelar imam kerana beliau telah ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jakim di Putrajaya.Ahmad berkata, anak guamnya itu agak kecewa dengan pertukaran tersebut. Saya rasa beliau tidak wajar ditukarkan ke Jakim hanya kerana beliau menyuarakan kenyataan untuk menegakkan kebenaran,” katanya.

Ramlang ketika dihubungi turut mengesahkan perkara tersebut. “Ya memang betul saya sudah ditukarkan ke Jakim pada 9 September lalu,” katanya.

Ketika ditanya sama ada pertukarannya ke Jakim merupakan satu bentuk tindakan yang dikenakan ke atasnya, Ramlang berkata:”Saya tidak tahu. Saya hanya menurut perintah dan menerima apa yang ditetapkan.” Sebelum ini, Ramlang yang memegang jawatan sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam telah muncul semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 24 Ogos lalu dengan menyatakan sumpah yang dilakukan oleh Saiful tidak sah.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Ramlang masih menjadi imam, Ahmad berkata:”Beliau sudah tidak lagi menjadi imam kerana diberi tugas menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran. “Tambah beliau, surat pertukaran Ramlang ke Jakim ditandatangani oleh pengarah bahagian berkenaan, Abdul Murat Abdul Wahab.

Bagaimanapun menurut Ahmad, status dan jawatan Ramlang kekal gred S17.Ditanya sama ada anak guamnya itu sudah menerima apa-apa surat tindakan disiplin terhadapnya, Ahmad berkata:”Setakat ini belum ada sebarang tindakan yang dikenakan ke atas Ramlang. Pihak kami pun tidak menerima sebarang surat dari mana-mana pihak.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 53,551 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: