B e r t a m @ d u n

Negeri dan kawasan diminta kemaskini data Kelab Penyokong PAS

Posted on: 10 September, 2008

Nyza Ayob
Wed | Sep 10, 08 | 3:57:54 pm MYT

 
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) – Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa menyeru semua pesuruhjaya negeri termasuk pengerusi lajnah tersebut di negeri dan kawasan yang mempunyai Kelab Penyokong PAS agar mengemaskini data kelab tersebut bagi mempercepatkan proses transformasi kelab tersebut menjadi sayap PAS.    

Katanya, kemaskini data kira-kira 10,000 ahli di seluruh Malaysia termasuk keahlian dan struktur kepimpinan itu perlu dilakukan segera dan diserahkan kepada Lajnah Perpaduan Nasional peringkat pusat sebelum Oktober ini.

“Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional di seluruh negeri perlu selaraskan dengan pengerusi di kawasan agar dengan maklumat tersebut akan mempercepatkan proses transformasi kelab menjadi sayap PAS selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Kita akan menyaksikan perkembangan terbaru dalam PAS iaitu wujudnya satu sayap yang akan menjadi penggerak utama parti dalam menjangkau masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam,” katanya sewaktu menghubungi Harakahdaily.

Jelasnya jika kemaskini data mengenai kelab tersebut tidak dilakukan, ia akan membantutkan usaha kelab tersebut menjadi salah satu sayap yang menjadi sejarah penting dalam PAS dan gerakan Islam amnya.

Katanya, sehingga kini dalam mana-mana gerakan Islam, hanya PAS sahaja yang akan mempunyai sayap khusus untuk golongan bukan Islam.

Tambahnya keputusan untuk menubuhkan Kelab Penyokong PAS sebagai sayap dalam PAS diputuskan dalam Muktamar yang lalu.

“Secara dasarnya Presiden PAS telah bersetuju dan dalam Muktamar beliau ada menyebut kelab tersebut seharusnya bukan sekadar kelab tetapi juga menjadi sayap penting dalam parti.

“Jadi, untuk membentuk sayap, saya perlukan data yang lengkap dan tepat, walaupun saya telah mengetahui maklumat tersebut secara rambang,” katanya.

Seterusnya Mujahid menegaskan, apabila Kelab Penyokong PAS menjadi sayap PAS, ia perlu satu penyelarasan berbentuk teknikal.

Katanya, apabila sayap tersebut dibentuk, ahli-ahli tersebut akan hadir ke mesyuarat dan fokus kepada bukan Islam. – mns_

Sumber : HarakahDaily.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: