Ceramah di Pongsu Seribu, 9 September
Posted 9 September, 2008
on:Mohd Sabri Said
Mon | Sep 08, 08 | 12:00:18 pm MYT
PULAU PINANG, 8 Sept (Harkh) – Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan ceramah sempena Ihya Ramadhan di Perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas bermula jam 10.00 malam pada hari Selasa 9 September ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin dalam kenyataan yang di e-mailkan ke Harakahdaily mengatakan, penceramah undangan ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah.
“Dewan Pemuda PAS Negeri mengajak semua warga Pulau Pinang hadir ke progam tersebut untuk mendengar amanat terbaru daripada kalangan pemimpin PAS. Penerangan itu sudah tentu berkait rapat dengan senario politik negara sekarang ini,” katanya.
Lagipun katanya, dengan hadir ke ceramah ia merupakan jalan terbaik untuk ahli PAS dan penyokongnya dapat berbakti pada parti di samping mendapat info terbaru perkembangan melibatkan Pakatan Rakyat dan kemusnahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang 16 September nanti. – mns_
28 November, 2013 pada 12:21 pm
It’s very simple to find out any topic on net as compared to books, as
I found this article at this site.