B e r t a m @ d u n

Najis Kecil, Najis Besar

Posted on: 2 September, 2008

 

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita.
Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya “ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-

a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.

Berpeluh juga BEB.

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar…..Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab “lima”. Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu…bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi….tok kadi mula senyum…

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar ‘anjing ngan babi la hoi’, tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi….tapi bila pengantin tu jawap “Taik Gajah” suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana …taik gajah… besar betul..nak2 bila gajah makan durian.

—- sumbangan: Jas

Advertisements
Label: ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2008
A I S R K J S
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 54,163 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: