B e r t a m @ d u n

Memanusiakan penjara dan banduan

Posted on: 1 September, 2008

 
Oleh Fudzail   
Selasa, 06 Mei 2008    Sumber : Klpos
DALAM tahun 2003, saya pernah memasuki penjara besar Dubai yang lama di Satwa. Bukan sebagai banduan tetapi sebagai tetamu istimewa. Istimewa kerana membawa artis tersohor, Yusuf Islam untuk mengadakan ceramah khas sempena Hari Raya Haji.Dalam kunjungan itu, kami dilayan sebagai VIP dalam penjara termasuk bertemu ketua polis Dubai dan bos No.1 penjara.Kami dibawa ke seluruh penjara dan dalam pemerhatian saya, penjara Dubai nampak lebih seperti asrama. Pesalah tidak dipanggil banduan dan slogan penjara ialah, “Manusia Lebih Penting Dari Tempat”.Penjara ‘terbuka’ dengan banduan bebas bergerak kecuali yang menerima hukuman tertentu.

Kami ditunjukkan model besar penjara baru yang sedang dibina ketika itu dan dianggap paling canggih di dunia. Rekabentuknya berdasarkan ‘keselesaan’ dan ‘kemanusiaan’ .Malah secara bergurau, ketua polis berkata, penjara baru di Al Awir itu mungkin lebih baik dari hotel empat bintang.

(Begitulah realitinya dari cerita mereka yang pernah menumpang di penjara baru tersebut dan ada yang rela menjadi banduan. Bercuti di hotel empat bintang dengan makan dan masa lapang yang cukup.Ada kawan orang putih yang dimasukkan ke situ kerana mabuk sewaktu pemandu menganggap penahanannya sebagai percutian yang damai!)

Kami dibawa ke perpustakaan yang lengkap dengan kebanyakan buku mengenai pemahaman dan dakwah Islam dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Indonesia. Tercari-cari buku dakwah dalam bahasa Melayu tetapi tidak terjumpa. (Masa itu ada banduan Malaysia, tetapi bukan Islam)

Memeranjatkan kerana ada banduan yang dibenarkan membuat urusniaga melalui telefon dan Internet. Kami melihat sendiri mereka kesibukan dalam sebuah bilik khas untuk urusan bisnes.Mereka adalah kebanyakan banduan kolar putih seperti cek tendang. Penjara membenarkan mereka membuat urusniaga supaya punca pendapatan mereka tidak tergendala!

Salah satu insentif kepada banduan Islam ialah kelas menghafal Quran diadakan. Bagi setiap banduan yang dapat menghafaz Quran sepenuhnya, antara ‘hadiah’ ialah dibebaskan sepenuhnya bergantung kepada kesalahan.Kalau dapat menghafaz jumlah surah tertentu, hukuman juga dikurangkan. Usaha ini menerima sambutan hebat dan ramai yang sudah dibebaskan sebagai hafiz dan hafizah!

Manakala kepada banduan bukan Islam, pencerahan kepada Islam dilakukan kepada mereka yang berminat dan secara sukarela mengikuti kelas dalam memahami Islam.Banyak aktiviti lain termasuk untuk banduan wanita seperti kelas senaman dan kemahiran.

Pihak penjara Dubai telah menghubungi saya beberapa bulan sebelum itu untuk mendapatkan Yusuf Islam berceramah kepada banduan bukan Islam. Menurut pegawai, boleh dikatakan inisiatif penjara dalam dakwah memang berhasil dan hampir setiap hari ada yang memeluk Islam.Memang penuh dewan ceramah yang bersebelahan dengan masjid penjara. Yang hadir termasuk orang putih dan kebanyakan adalah warga India.

Seperti biasa, Yusuf berjaya memukau hadirin dengan cerita pengalaman beliau dalam mengenal dan memeluk Islam. Soalan-soalan yang diberikan juga agak kritikal dan sinis, terutama dengan peristiwa September 11 yang berlaku.Beberapa hari selepas ceramah itu, pegawai penjara menelefon dengan tersedu tetapi membawa kabar gembira.

“Ya Akhi, hasil dari ceramah Yusuf, ada tiga orang menjadi Muslim!”

Sememangnya Yusuf Islam mempunyai aura dan karisma sebagai pendakwah. Bertuah saya untuk mengenali beliau secara dekat dan menjadi pengurus beliau di Dubai.Usaha penjara Dubai berterusan ke hari ini dalam memanusiakan penjara dan banduan dengan roh Islam agar mereka yang bakal keluar diberi peluang kedua dalam kehidupan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: