B e r t a m @ d u n

Roti canai dan filem aksi ikat kasih sayang

Posted on: 30 Ogos, 2008

Salmah Mat Husain
Fri | Aug 29, 08 | 5:43:23 pm MYT 
SEBUT sahaja nama Wan Ubaidah Omar, semua orang mengenalinya. Betapa tidak, beliau merupakan anggota exco wanita yang pertama dilantik oleh Kerajaan Kelantan yang mentadbir negeri itu lebih 18 tahun lalu. 
   
   

Orangnya ramah, santun serta mudah didekati. Tiada protokol untuk bertemu dengannya walaupun beliau seorang anggota exco, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan.

Kini setelah hampir enam bulan diamanahkan sebagai anggota exco kerajaan negeri, beliau selalu mendapat undangan majlis ceramah serta perasmian sesuatu program bukan sahaja di negeri ini, sebaliknya di luar Kelantan. Kematangannya dalam berpolitik semakin menyerlah, apabila beliau begitu cepat membuat ulasan berhubung sesuatu perkara yang berbangkit sama ada berhubung isu nasional termasuk kaum muslimat sendiri.

Tiada lain yang diharapkan oleh beliau selain rakyat Kelantan seluruhnya dapat melahirkan sebuah keluarga harmoni, aman yang akhirnya dapat mewujudkan keluarga ‘cantik di mata, cantik menawan di hati’.

“Memang itu yang saya harapkan terutama di Kelantan ini masing-masing dapat melahirkan keluarga yang beriman, beramal, bertaqwa dan berakhlak.”Apabila ianya dapat diterapkan akhirnya wujudlah sebuah keluarga yang cantik di mata, menawan di hati,”ujarnya.

Ubaidah dilahirkan di Kampung Banggol, Kota Bharu pada 28 Julai 1956 dan merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ismail Petra, Kota Bharu, kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara (ITM) dari tahun 1975 hingga 1978 dalam jurusan Pengurusan Perniagaan.

Meneruskan pengajian ke Southern Illionis Universiti Carbondale, Amerika syarikat. Memperolehi lagi Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Southern Illions Universiti Edwardsville Amarika Syarikat.

Mempunyai tujuh orang anak hasil perkahwinan dengan allahyarham Wan Abdul Azim Wan Abdullah. Beliau juga diberi kepercayaan sebagai Bendahari Dewan Muslimat PAS Pusat dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan. Wan Ubaidah juga adalah Ketua Lajnah Hal Ehwal Dun dan Parlimen, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa dan Ketua Halwa Dun Kijang.

Tidak pernah terlintas langsung difikirannya beliau akan menjadi seorang wakil rakyat, apa lagi seorang anggota exco kerajaan negeri. “Benda ni langsung tidak terfikir oleh Kak Ubai, jangankan nak jadi anggota exco, Anggota Dewan Negara dahulupun tak pernah terlintas difikiran,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Sebelum ini beliau begitu terkejut dengan perlantikkannya sebagai Senator oleh kerajaan negeri. Bagaimanapun, sebelum tamat tempoh perlantikan itu selama enam tahun, sekali lagi beliau terkejut apabila dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri. Ubaidah berhasrat, sebaik sahaja tamat tempohnya sebagai Anggota Dewan Negara yang berakhir bulan Jun tahun ini, beliau akan melanjutkan pengajian dalam Bahasa Arab di Syria.

Tujuannya untuk mendalami bahasa berkenaan disamping mencari ilmu-ilmu lain yang terdapat di negara luar untuk dimanfaatkan pada masyarakat.

Tugasnya yang terakhir sebagai pensyarah di Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) sebelum dilantik sebagai Senator enam tahun lalu. Biarpun kini beliau menjawat jawatan yang penting dalam kerajaan, namun tugasnya sebagai seorang ibu juga sebagai seorang bapa tetap diteruskan macam biasa.

Untuk mengikat rasa kasih sayang bersama anak-anaknya, beliau selalu memberi ruang untuk bersama anak-anaknya untuk makan roti canai. Makanan berkenaan merupakan pilihan keluarga sejak arwah suaminya masih bersama mereka.

Sekarang beliau pula membawa anak-anak mereka menjamu selera dengan makanan berkenaan terutama di Restoran White House (berhadapan Masjid Muhammadi).

“Anak-anak memang gemar makan roti canai, begitu juga Kak Ubai. Apa lagi ni kegemeran arwah ayah mereka.”Kak Ubai masih ingat, cara arwah ni nak pikat anak untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid, ialah dengan bersarapan dengan roti canai di kedai-kedai makan,” ujarnya lagi.

Sekarang beliau pula meneruskan tradisi itu bersama anak-anaknya, terutama yang ketiga dari bawah seperti Wan Nurul Hajar, Wan Ahmad Saifullah dan Wan Ahmad Muktazam. “Yang lain tu bila mereka pulang bercuti baru sempat bersama Kak Ubai,”ujarnya lagi.

Menurutnya, sebelum ini beliau sempat membuat roti canai sendiri untuk keluarga, namun sejak enam tahun kebelakangan ini, masa begitu tiada ruang baginya untuk berbuat demikian.

Siapa sangka seorang ibu yang lembut dan penyayang ini mempunyai minat yang begitu berbeza jika dilihat dari fizikalnya. Filem-filem ‘action movie’, begitu diminati kerana ianya mengajak penonton berfikir, aktif, lasak, berbanding filem biasa yang agak kaku.

Selain itu, beliau juga turut gemar menonton ‘Nasional Geografi’, ‘discovery’, aktiviti ‘show’ termasuk filem China seperti yang terbaru ‘Warlord’. Katanya, banyak ilmu yang diperolehi dari segmen berkenaan dapat dimanfaatkan kerana banyak ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi melaluinya.

“Kak Ubai bersyukur kerana anak-anak juga turut menonton filem berkenaan berbanding filem atau program yang tidak berfaedah,” ujarnya.- (tmj) _

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: